Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaatkan rangkaian sokongan, bantuan lebih tersusun bagi bantu keluarga pesalah dadah

Mar 06, 2021 | 04:11 PM



MEMANFAATKAN rangkaian sokongan dan menyelaraskan bantuan yang lebih tersusun antara badan-badan Melayu/Islam di sini merupakan antara cara untuk memberi sokongan kepada mereka yang mempunyai anggota keluarga yang dipenjara akibat kesalahan dadah.



Demikian menurut Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim semasa satu sesi pemberian cek kepada para penerima Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) pagi tadi.



Menurutnya, adalah penting untuk membangunkan rangkaian sokongan dan sosial yang kukuh dalam kalangan masyarakat  demi membantu mereka yang memerlukan.



"Kita mahu lihat daripada sesi sebegini bagaimana untuk meningkatkan koordinasi dalam kalangan badan dan agensi Melayu/Islam di sini agar dapat memanfaatkan sepenuhnya sumber yang ada dalam masyarakat," ujarnya.



Semasa sesi tersebut, HGEF telah berkolaborasi dengan M Kuasa Tiga ((M³) menerusi penglibatan badan bantu diri Yayasan Mendaki dan Fitrah, yang menawarkan khidmat sokongan  kepada para individu yang dipenjara dan juga keluarga mereka.



Sekitar 60 penerima diberikan wang tunai antara $120 dengan $2,000 bergantung kepada peringkat persekolahan kanak-kanak.



Secara keseluruhan, lebih $24,000 telah diagihkan sepanjang tahun ini sahaja kepada sekitar 150 penerima.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >