Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa insiden dibakar meninggal dunia: Suspek kini hadapi tuduhan bunuh

Jan 06, 2023 | 05:15 PM



SEORANG lelaki yang didakwa dengan percubaan membunuh bulan lalu kini diubah tuduhannya kepada membunuh setelah mangsa itu meninggal dunia. 


Tay Kheng Hock, 65 tahun, dituduh menuang bahan yang boleh mencetus api ke atas Encik Tan Khim Hee dan menggunakan pemetik api sehingga menyebabkan Encik Tan terbakar di depan Heng Hock Minimart, berhampiran Blok 210 Marsiling Crescent pada 28 Disember 2022. 


Tidak disebut di mahkamah bila Encik Tan meninggal dunia. 

Beliau didaftarkan sebagai pemilik MiniMart itu dengan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra). 


Tay merupakan pemilik Beauty Parlour Wish Well Beauty Centre. Dia juga merupakan pengarah dan pemegang saham satu syarikat bernama Sun Beauty. 


Dalam kenyataan awal, polis berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan di Marsiling Crescent pada kira-kira 10.10 malam pada 28 Disember 2022. 

Apabila pegawai tiba di tempat kejadian, mereka menemui Encik Tan cedera dengan luka terbakar, dan beliau dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat. 


Polis berkata Encik Tan dalam keadaan sedar dan Tay diberkas di tempat kejadian. 

Tay diwakili oleh Encik John Koh daripada Populus Law. 

Kes itu ditangguhkan kepada 27 Januari.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >