Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WIRA TANPA SANJUNGAN

Mangsa terperangkap jaya selamat hasil kerjasama dua balai bomba

Dua kebakaran sempena cuti panjang Tahun Baru Cina yang baru berlalu mengejutkan ramai. BERITA HARIAN mengetengahkan wira dan wirawati yang telah menggadai nyawa memadamkan api yang menyala sambil menyelamatkan orang lain.
Feb 09, 2022 | 06:16 AM



Dua kebakaran sempena cuti panjang Tahun Baru Cina yang baru berlalu mengejutkan ramai. BERITA HARIAN mengetengahkan wira dan wirawati yang telah menggadai nyawa memadamkan api yang menyala sambil menyelamatkan orang lain.




KEBAKARAN DI TAMPINES AVENUE 5



APABILA Pegawai Waran Kedua (WO2) Muhammad Hairul Hashim tiba di flat maisonet tingkat 10 di Blok 941, Tampines Avenue 5 pada 28 Januari, beberapa orang sedang menunggu dengan cemas di luar unit itu.



Seorang daripada mereka merayu kepada pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) itu supaya menyelamatkan bapanya yang terperangkap kerana pintu rumahnya tidak dapat dibuka.



"Oleh kerana kami kini tahu ada mangsa di dalam rumah itu, kami harus bertindak dengan cepat. Mujur anaknya itu memberitahu kami bapanya mungkin berada di bilik tingkat pertama, menghadap koridor," kata WO2 Hairul ketika ditemui Berita Harian baru-baru ini.



Beliau, 39 tahun, dan tiga lagi pegawai SCDF membuka pintu pagar rumah itu secara paksa menggunakan peralatan tertentu.



Menurut Timbalan Komander Rota itu, pasukannya tiba di maisonet itu sekitar 10.30 malam.



Api sedang marak di ruang tamu flat itu dan bahangnya terasa walaupun mereka memakai pakaian perlindungan melawan api, kata WO2 Hairul.



Tanpa membuang masa, WO2 Hairul mengarahkan pegawai lain menyediakan jet air pertama dan pada masa sama beliau memecahkan pintu bilik itu untuk mencari mangsa



"Darjah penglihatan agak teruk walaupun dengan penggunaan lampu suluh kerana bilik itu diselubungi asap tebal. Namun kami sudah dilatih untuk keadaan sebegitu.



"Apabila kami memasuki rumah itu, saya dapat mengesan (dengan kaki) mangsa terlantar di lantai. Saya pun menariknya keluar ke tempat lebih selamat baginya iaitu lif lobi, sebelum menyerahkan beliau kepada rakan kerja saya untuk menilai kesihatannya," ujar pegawai yang telah berkhidmat bersama SCDF selama 16 tahun.



Menurut WO2 Hairul, operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa sekitar lima minit sahaja.



"Setelah mangsa diselamatkan, saya tahu saya boleh berikan lebih tumpuan untuk melawan api," ujarnya, sambil menambah bahawa api utama adalah di ruang tamu di tingkat satu dan sebuah lagi di bilik di tingkat dua.



Menerima mangsa di lobi lif ialah Staf Sarjan (SSG) Afiq Hamizan Na'aim, 37 tahun, seorang teknisyen perubatan kecemasan (EMT).



"Mangsa dalam keadaan tidak responsif namun nadi dan pernafasan dapat dikesan," kata beliau, sambil menambah bahawa mangsa itu tidak mengalami kecederaan fizikal jelas tetapi lubang hidung dan lengannya diselaputi jelaga.



Setelah penilaian itu, SSG Afiq memujuk keluarganya supaya usah risau kerana lelaki itu selamat.



"Saya terus menjaga dan memantau pesakit itu selama lima minit sebelum ketibaan ambulans," kata beliau, yang sudah 13 tahun bersama SCDF.



WO2 Hairul dan SSG Afiq adalah antara 30 pegawai SCDF yang terlibat dalam operasi tersebut. Mereka terdiri daripada anggota bomba dan kakitangan perkhidmatan perubatan kecemasan dari balai bomba Changi dan Tampines.



Para pegawai SCDF itu mengambil masa 30 minit untuk memadamkan api menggunakan dua jet air.



Antara pegawai SCDF ditugaskan mengendalikan jet air pertama ialah anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa Koperal (CPL) Mohamad Haikal Mohamad Hirman, 22 tahun, sementara bagi jet air kedua ialah Koperal Hafiz Ibrahim, 27 tahun.



Komander Balai Bomba Tampines, Mejar Goh Eng Khye, 32 tahun, yang menyelaras operasi itu kagum akan kebolehan para pegawainya mengawal kebakaran itu.



"Secara keseluruhan, operasi ini berjaya. Ini bukan flat HDB biasa. Ruangnya dua kali ganda rumah biasa. Jadi pasukan kami juga harus menangani kawasan lebih besar.



"Pasukan ini menampakkan prestasi sangat baik. Walaupun mereka dari dua balai bomba berbeza, penyelarasan kerja mereka berjalan dengan harmoni dan mereka bekerja sebagai sebuah pasukan," ujar Mejar Goh.



Menurut SCDF, 180 penduduk dipindahkan dari blok itu, dengan kerjasama polis.



Punca kebakaran sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >