Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa tipu hilang $660j pada 2022, naik dari 2021

Perangkaan polis: Hampir $1.3b 'dikebas' penipu dalam tempoh dua tahun
Feb 09, 2023 | 05:30 AM



MANGSA penipuan di Singapura kehilangan sebanyak $660.7 juta pada 2022, satu kenaikan daripada $632 juta yang dialami pada 2021.



Perangkaan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) semalam itu bermakna mangsa kejadian serupa telah kehilangan hampir $1.3 bilion dalam tempoh dua tahun.



Memberikan perangkaan itu, polis berkata peningkatan jumlah kes penipuan menyumbang kepada peningkatan jumlah kes jenayah siber dalam tempoh sama, yang meningkat sebanyak 25.2% pada 2022.



Ini kali pertama SPF mengeluarkan statistik untuk penipuan secara berasingan daripada statistik jenayah tahunan, yang akan dikeluarkan pada 16 Februari.



Menurut pecahannya, 94.2 peratus daripada 33,369 jenayah siber pada 2022 adalah kes penipuan.



"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kes penipuan telah meningkat dan membentuk sebahagian besar jenayah keseluruhan," kata penolong pengarah divisyen komunikasi awam polis, Cik Brenda Ong.



Beliau berkata taklimat khusus mengenai penipuan membolehkan pemerintah menyediakan lebih banyak maklumat tentang situasi itu, termasuk trend penipuan terkini dan golongan mangsa.



Dalam usaha memerangi penipuan, polis bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk menyukarkan penipu menghubungi bakal mangsa.



Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) dan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) membangunkan aplikasi mudah alih ScamShield yang menyekat panggilan daripada nombor telefon digunakan dalam kes penipuan lain atau dilaporkan oleh pengguna ScamShield.



Sehingga 31 Disember 2022, aplikasi ScamShield telah dimuat turun oleh hampir 500,000 pengguna.



Lebih daripada 7.4 juta SMS telah dilaporkan sebagai potensi penipuan, dan lebih daripada 47,000 nombor telefon telah disekat.



Tambahan pula, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah melaksanakan Pendaftar ID Pengirim SMS (SSIR) - pendaftaran wajib untuk syarikat yang ingin mengirim SMS kepada pelanggan mereka.



Hanya identifikasi (ID) pengirim milik syarikat yang berdaftar dengan SSIR akan diterima oleh pengguna, manakala yang lain akan disekat.



Pada 2022, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga memperkenalkan dua langkah antipenipuan untuk mengukuhkan keselamatan perbankan digital.



Bank telah keluarkan semua pautan yang boleh diklik dalam e-mel atau SMS yang dihantar kepada pelanggan runcit dan memperkenalkan "suis penggantungan kecemasan".



Ia membolehkan pelanggan menggantung akaun mereka dengan cepat jika mereka mengesyaki akaun mereka terjejas.



Statistik penipuan yang didedahkan SPF itu juga menyangkal persepsi bahawa orang tua adalah golongan yang paling berkemungkinan ditipu.



Malah, orang yang berusia 60 tahun ke atas hanya menyumbang 8.8 peratus daripada jumlah keseluruhan mangsa penipuan.



Sebaliknya, orang yang berusia antara 20 dengan 29 tahun merangkumi 26.7 peratus daripada mangsa penipuan dengan 26.8 peratus lagi berumur 30 dengan 39 tahun.



"Kita semua fikir golongan tua kerap ditipu. Tetapi peguam, doktor dan profesor juga pernah menjadi mangsa penipuan. Tiada siapa yang kebal terhadap penipuan. Pemikiran bahawa 'ia tidak akan berlaku kepada saya'... itulah cabaran terbesar," kata Pengarah Jabatan Ehwal Komersial (CAD), Encik David Chew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >