Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan editor majalah wanita Melayu pertama meninggal dunia

May 01, 2023 | 05:30 AM



MANTAN editor majalah wanita Melayu pertama, Cik Saleha Mohd Shah telah meninggal dunia di usia 88 tahun, pada Ahad.



Beliau yang dikenali dengan nama penanya, Haliza Mohd Som, menghembuskan nafas terakhir pada 7 pagi di kediaman anak lelakinya, Encik Mohd Syahrir Kartayasa Mohd Som, 54 tahun di Rivervale Crescent.



Allahyarhamah yang selamat dikebumikan sekitar selepas waktu Zuhur pada Ahad, meninggalkan dua anak, tujuh cucu dan empat cicit. Suaminya telah meninggal dunia pada 2019.



Menurut anak sulung beliau semasa ditemui, Cik Hartati Mohd Som, 67 tahun, Allahyarhamah telah mengalami kesihatan yang semakin merosot sejak minggu lalu setelah menghidapi penyakit barah buah dada.



Disebabkan itu, Cik Saleha yang menetap sendirian bersama seorang pembantu rumah di Jalan Sultan telah dibawa pulang ke rumah anaknya, jelas Cik Hartati.



Mengenang kembali perjalanan hidup ibunya itu, beliau berkata:



"Ibu memang seorang yang sangat dikagumi, dan memang susah untuk kami mengikut contoh beliau.



"Apa pun, saya amat bersyukur kepada Allah swt kerana memberi saya kesempatan menjadi anaknya."



Kata Cik Hartati lagi, ibunya adalah seorang yang mempunyai rasa ikhsan yang tinggi terhadap semua orang, termasuk golongan pekerja domestik asing yang dianggap sebagai 'anak-anaknya'.



"Ibu saya selalu mengingatkan saya bahawa golongan ini juga manusia, dan meminta saya berjanji supaya melayan mereka dengan baik dan menganggap mereka sama seperti sesiapa sahaja," imbas Cik Hartati sambil berlinang air mata.



Sumbangan Allahyarhamah dalam dunia penerbitan di Singapura, khususnya di Kampong Glam, memang cukup dikenali ramai.



Allahyarhamah telah menyandang jawatan sebagai editor majalah Fesyen pada 1953 dan memegang peranan itu sehingga 1963. Di bawah pimpinannya, majalah dalam tulisan Jawi itu yang diedarkan di negara seperti Malaysia, Sarawak, Brunei dan Indonesia, berjaya meningkatkan jumlah langganan daripada kurang 5,000 kepada 100,000.



Pada Mac, Cik Saleha mendapat pengiktirafan apabila menjadi antara mereka yang disertakan di dalam Dewan Termasyur Wanita Singapura (SWHF) 2023. - Laporan tambahan ATIYYAH MOHD SAID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >