MANTAN ketua Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang telah dipindahkan ke wad biasa selepas lima hari dirawat di unit jagaan rapi (ICU).
Menerusi satu kenyataan semalam, parti itu berkata Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied tersebut kemungkinan besar akan terus dirawat di wad itu selama beberapa minggu lagi untuk pulih.