Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan pegawai polis NSF dipenjara atas kesalahan seksual

Aug 13, 2019 | 04:54 PM



SEORANG bekas anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang berkhidmat dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) dijatuhkan hukuman penjara dua tahun hari ini (13 Ogos) atas kesalahan mengganggu kanak-kanak perempuan bawah umur dalam talian sebelum menyuruh mereka mengambil gambar mereka berbogel.



A R Arun Prashanth, kini 25 tahun, telah melakukan perbuatan seksual terhadap tiga daripada lima mangsanya yang pada ketika itu berusia antara 12 dan 15 tahun. 



Dia juga didapati telah memetik lebih 700 foto dalam skirt (‘upskirt’) dalam telefon bimbitnya.



Pada 31 Julai, Arun, yang sedang menganggur, mengaku bersalah atas kesalahan melakukan seks dengan kanak-kanak bawah umur, mencabulnya dan menyuruh seorang lagi kanak-kanak perempuan melakukan perbuatan lucah.



Dia juga mengaku bersalah atas empat kejadian berlainan di mana dia telah menghina perawanan wanita. 



Kesemua tujuh tuduhan ini melibatkan dua kanak-kanak bawah umur dan empat wanita yang tidak diketahui. 



21 lagi tuduhan yang dihadapinya atas kesalahan serupa, yang membabitkan tiga lagi kanak-kanak perempuan dan beberapa wanita yang tidak diketahui, turut dipertimbangkan sewaktu hukuman.



Mangsa-mangsa tidak dapat dinamakan atas perintah sekatan.



Pesalah yang didapati melakukan seks dengan kanak-kanak bawah umur boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >