Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan pemandu bas SMRT dibebaskan daripada tuduhan berlaku gopoh

Jan 18, 2017 | 10:53 AM



MANTAN pemandu bas SMRT dibebaskan setelah pihak pendakwa gagal membuktikan kes tuduhan berlaku gopoh semasa memandu sebuah bas awam.



Encik Zhang Kun, kini 43 tahun, dituduh memandu bas 700A melebihi had laju 50 km sejam sebelum hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam di jalan susur Ekspreswe Bukit Timah ke arah Dairy Farm Road sekitar 8.50 pada 21 Julai, 2013.



Bas itu terbalik ke kanan, menyebabkan seorang rakyat Malaysia, Sasikumar Gunasakaran, 18 tahun, terbunuh dan Encik Ramanand Panday A Panday, 52 tahun, cedera.



Selepas perbicaraan 26 hari, warga China itu dibebaskan daripada dua pertuduhan itu.



Hakim Daerah Michelle Yap berkata pihak pendakwa tidak dapat menentukan kelajuan sebenar Encik Zhang semasa memasuki jalan susur itu.



Pihak pendakwaan menggunakan data kelajuan daripada kotak hitam dalam bas, dan berkata Encik Zhang pada kelajuan sekurang-kurangnya 56km sejam.



Hakim berkata ia tidak cukup membuktikan bahawa kelajuan itu menyebabkan tertuduh hilang kawalan bas.



Beliau juga berkata pihak pembela tidak diberi peluang menjalankan siasatan sendiri.



Mr Zhang enggan mengulas mengenai keputusan itu.



Peguamnya, Encik Anil Narain Balchandani, yang ditugaskan di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah, kemudian memberitahu The Straits Times bahawa anak guamnya kepenatan dan telah menganggur (kira-kira) 37 bulan.."



Hukuman bagi kesalahan menyebabkan kematian kerana perbuatan gopoh ialah penjara sehingga lima tahun dan denda.



Hukuman maksimum menyebabkan kecederaan kerana perbuatan gopoh ialah penjara setahun dan denda $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >