Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN KEMENTERIAN SUSULI UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB: PENGUASA KEWANGAN SINGAPURA

MAS akan lindungi keselamatan, daya tahan sektor kewangan S'pura: SM Tharman

Apr 13, 2023 | 05:30 AM



DI sebalik pasaran kewangan tidak menentu serta tekanan dalam perbankan sejagat, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan berusaha melindungi keselamatan dan daya tahan sektor kewangan Singapura, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam.



Beliau, yang juga bagi Menteri Bertanggungjawab bagi MAS, berkata bahawa menerusi penilaian risiko biasa dan pemantauan penyeliaan secara dekat, MAS memastikan bahawa bank di Singapura mempunyai modal yang baik, mengekalkan kedudukan kecairan yang baik, dan dikukuhkan oleh asas pendanaan yang stabil dan dipelbagai.



Encik Tharman berkata demikian dalam adendum (kenyataan tambahan) beliau kepada ucapan Presiden Halimah Yacob pada pembukaan Parlimen selepas cuti dua minggu - dikenali sebagai prorog dan menandakan titik pertengahan penggal pemerintah.



"Tambahan lagi, MAS menyemak ujian tekanan dalaman biasa bank terhadap kadar faedah, kredit, dan risiko lain.



"MAS juga menjalankan ujian tekanan industri meluas secara tahunan bagi institusi kewangan di Singapura.



"MAS bersedia menawarkan wang menerusi pelbagai kemudahan bagi memastikan sistem kewangan Singapura kekal stabil dan pasaran kewangan terus berfungsi dalam cara yang teratur apabila timbul tekanan sejagat," tambahnya.



Ucapan Puan Halimah merupakan Ucapan Presiden beliau yang ketiga, dan jika beliau tidak bertanding atau tidak terpilih bagi penggal kedua dalam pilihan raya presiden tahun ini, ia akan menjadi Ucapan Presiden terakhir beliau.



Menurut Encik Tharman, MAS telah bekerjasama dengan industri kewangan bagi membangunkan Peta Transformasi Industri (ITM) 2025.



Ia menetapkan lima strategi pembangunan utama bagi sektor kewangan untuk tempoh 2021 hingga 2025.



Ini termasuk meluaskan kekuatan kelas aset, mendigitalkan prasarana kewangan, memangkinkan peralihan sifar bersih Asia, membentuk masa depan rangkaian kewangan, dan mendapatkan tenaga kerja yang berkemahiran dan dapat sesuaikan diri.



Selain itu, MAS akan memangkinkan nasihat risiko insurans dan huraian pemindahan risiko bagi Asia.



"Kami akan meletakkan kedudukan Singapura sebagai pusat bagi kedermawanan Asia dengan membangunkan keupayaan serta huraian penasihat kedermawanan," ujarnya.



Bersama rakan industri, MAS akan merancakkan usaha membangunkan prasarana digital dan platform baru bagi meluaskan kecekapan industri, mengakses pasaran baru dan mempromosikan model baru dalam kewangan digital.



Encik Tharma menambah bahawa MAS dan Institut Perbankan dan Kewangan akan bekerja rapat dengan rakan industri dan tiga pihak untuk terus mempertingkat kemahiran tenaga kerja sektor kewangan dan membangunkan keupayaan mendalam bagi masa depan kewangan.




"Tambahan lagi, MAS menyemak ujian tekanan dalaman biasa bank terhadap kadar faedah, kredit, dan risiko lain. MAS juga menjalankan ujian tekanan industri meluas secara tahunan bagi institusi kewangan di Singapura. MAS bersedia menawarkan kecairan menerusi pelbagai kemudahan bagi memastikan sistem kewangan Singapura kekal stabil dan pasaran kewangan terus berfungsi dalam cara yang teratur apabila timbul tekanan sejagat."
- Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >