Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

MAS akan perkukuh pertahanan S'pura terhadap penipuan canggih

MAS
May 09, 2023 | 05:30 AM



TAKTIK yang digunakan penipu sering berubah dan menjadi lebih canggih, dan sekarang termasuk penggunaan audio dan panggilan video palsu dalam penipuan melibatkan transaksi bank yang tidak dibenarkan, Parlimen diberitahu pada Isnin.



Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, berkata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mahu mengukuhkan pertahanan Singapura terhadap penipuan sedemikian dengan bekerjasama bersama bank bagi membenarkan pelanggan mengesahkan apakah panggilan tersebut tulen, sebagai antara langkah itu.



Beliau menambah bahawa bank juga sedang merancang untuk meluaskan penggunaan teknologi biometrik, sebagai tambahan kepada kata laluan dan kata laluan sekali guna, sebagai langkah pengesahan.



Teknologi biometrik menggunakan ciri-ciri fizikal unik bagi setiap individu, seperti cap jari atau pengenalan wajah, bagi pengesahan identiti seseorang.



Bagi mereka sudah pun menjadi mangsa penipuan, MAS menjangka bank akan mengendalikan pelanggan secara adil dalam pertikaian berkaitan transaksi tidak diluluskan.



Encik Tan berkata: "Bank mesti menimbangkan apakah mereka sudah memenuhi tanggungjawab mereka dan apakah pelanggan telah melakukan peranan mereka untuk melindungi akaun mereka.



"Bergantung pada hasil siasatan bank, mereka boleh menawarkan bayaran muhibah kepada pelanggan."



Sekiranya mereka ingin, pelanggan bank boleh memfailkan pertikaian dengan Pusat Resolusi Pertikaian Industri Kewangan bagi mediasi dan penghakiman.



Jika mereka tidak berpuas hati mengenai hasilnya, mereka boleh pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat guaman mengenai apakah kes tersebut harus dibawa ke mahkamah.



Apabila seorang pelanggan mengesyaki beliau telah menjadi mangsa penipuan atau diberitahu oleh bank mengenai transaksi tidak diluluskan melibatkan akaunnya, beliau patut menghubungi segera bank atau menghidupkan "suis mati" yang ditawarkan bank untuk membekukan akaunnya.



Beliau juga harus melaporkan kegiatan tidak sah itu kepada polis.



Orang ramai boleh memainkan peranan dengan mencegah penipuan daripada berlaku.



Mereka harus muat turun ScamShield dan tidak sepatutnya mendedahkan pengesahan atau kata laluan Internet dan perbankan kepada sesiapa.



Encik Tan menegaskan: "Bersikap curiga terhadap mesej atau panggilan tidak diminta yang anda terima dan juga mengesahkan panggilan yang diterima dengan menghubungi bank terus di talian hotline yang disenaraikan di laman web rasmi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >