Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS beri lesen bank digital penuh kepada Grab-Singtel, Sea; Ant dapat lesen bank digital borong

Dec 04, 2020 | 08:24 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah memberi lesen bank digital penuh kepada Grab-Singtel dan firma teknologi Sea, dalam satu langkah pertama yang amat dinantikan bagi Singapura demi membuka industri kewangan kepada pasaran.



Seperti bank biasa, firma-firma ini juga akan menawarkan khidmat seperti pembukaan akaun, deposit serta kad kredit dan debit kepada pelanggan, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Namun, bank digital tidak akan menawarkan khidmat secara fizikal dengan semua khidmat perbankan akan dilakukan secara dalam talian.



Ini berbeza daripada bank biasa - seperti DBS, OCBC dan UOB yang menawarkan beberapa perkhidmatan bank menerusi Internet atau aplikasi telefon bimbit.



Bank digital berkenaan juga boleh menawarkan khidmat mereka kepada pelanggan korporat.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga telah memberi lesen bank borong digital kepada Ant Group dan sebuah konsortium terdiri daripada Greenland Financial Holdings, Linklogis Hong Kong, dan Pengurusan Dana Pelaburan Ekuiti Beijing Co-operative.



Pihak berkenaan boleh menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan korporat serta syarikat kecil dan sederhana.



Dalam satu kenyataan pada Jumaat (4 Dis), MAS berkata, pemohon yang berjaya mendapatkan lesen itu perlu memenuhi keperluan berhemat relevan serta prakondisi lesen sebelum MAS mengizinkan mereka mendapat lesen perbankan masing-masing.



Empat pemegang lesen baru itu telah berjaya mengatasi pesaing lain seperti Razer Youth Bank, dan konsortium yang diterajui Ez-Link dan V3 Group, sebuah perusahaan yang dimiliki pengasas Osim, Ron Sim.



Mereka yang berjaya dijangka memulakan perniagaan mereka awal 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >