Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS larang bekas ejen insurans beri khidmat ekoran kesalahan rasuah

May 23, 2023 | 01:30 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) pada Selasa mengeluarkan perintah larangan lapan tahun terhadap seorang bekas ejen insurans kerana kesalahan rasuah, termasuk memberi rasuah berjumlah hampir $93,000.

Selama tempoh tersebut, James Yeo Siew Liang tidak dibenarkan menyediakan sebarang khidmat nasihat kewangan atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana perantara insurans.

Dari Mac hingga Jun 2018, bekas ejen AIG Pacific Insurance dan Liberty Insurance itu memberi rasuah berjumlah $72,211 sebanyak lapan kali kepada seorang pegawai kedutaan Indonesia sebagai ganjaran kerana mengakreditasi AIG dan Liberty untuk menjual bon prestasi kepada majikan pekerja asing warga Indonesia.

Yeo juga memberikan sejumlah $21,363.30 sebanyak 10 kali kepada seorang yang lain untuk mengatur dengan pegawai kedutaan agar berat sebelah kepada AIG dan Liberty dalam akreditasi tersebut, lapor The Straits Times.


Yeo disabitkan pada 28 April 2021 atas 18 pertuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan denda $21,363.30.

Mereka yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda sehingga $100,000 atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >