Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masa berbelanja khas untuk warga emas, golongan kurang upaya, wanita hamil di FairPrice

Apr 09, 2020 | 11:41 PM



GENERASI Perintis, golongan kurang upaya dan wanita hamil diberi keistimewaan berbelanja di pasar raya FairPrice dengan jarak selamat yang dipertingkat.


Mereka boleh melakukan demikian setiap pagi Isnin, dalam masa satu jam pertama selepas pasar raya dibuka, kata FairPrice dalam satu kenyataan.


Bagi pasar raya FairPrice yang dibuka 24 jam, mereka boleh bebelanja dari 7 pagi hingga 8 pagi.


"Kami bekerja keras untuk memastikan cawangan kami terus dibuka, selamat, bersih dan mempunyai stok barangan, dan kami kekal fokus untuk menyokong masyarakat dalam masa-masa ini," katanya.


Untuk memeriksa waktu pembukaan cawangan FairPrice, lungsuri laman fairprice.com.sg/store-locator.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >