Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masa tunggu median bagi BTO baru sekitar 4 tahun

Pembeli yang ingin pindah lebih awal boleh mohon flat di Jurong West Crystal atau Brickland Weave di Tengah
Mar 01, 2023 | 05:30 AM



WAKTU menunggu median bagi projek Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dalam latihan Februari ini sekitar 4.4 tahun.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata pada Selasa pembeli yang ingin berpindah ke rumah flat mereka lebih awal boleh mempertimbangkan projek BTO Jurong West Kristal dan projek Brickland Weave di Tengah.



Kedua-duanya berada di estet belum matang di mana kadar permohonan biasanya lebih rendah dan waktu menunggu juga lebih pendek.



Waktu menunggu bagi Jurong West Crystal sekitar 3.9 tahun, dan sekitar empat tahun bagi Brickland Weave.



Sekurang-kurangnya 95 peratus daripada flat empat bilik dan lebih besar dalam dua projek itu juga diketepikan bagi keluarga yang membeli flat buat kali pertama.



Bagi kedua-dua projek Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) - satu di estet matang Queenstown dan satu lagi di estet matang Kallang/Whampoa - mempunyai peraturan jual beli yang lebih ketat, termasuk subsidi enam peratus yang boleh dituntut semula selepas penjualan.



Terdapat tiga projek lain dalam latihan penjualan pertama 2023 - satu lagi di Kallang/Whampoa yang tidak termasuk dalam model PLH, dan di estet belum matang Jurong West dan Tengah.



Lima projek itu mempunyai waktu menunggu median sekitar 4.4 tahun.



HDB berkata semua flat empat bilik yang ditawarkan di dua estet belum matang itu adalah di bawah harga $400,000, tidak termasuk geran.



Sebanyak 732 unit tiga bilik dan empat bilik ditawarkan di Ulu Pandan Glades di Queenstown.



Ia terletak di bahagian timur Dover Forest dan berdekatan dengan Stesen MRT Dover.



Flat-flat di Ulu Pandan berharga antara $372,000 hingga $498,000, tidak termasuk geran, bagi flat tiga bilik.



Flat empat bilik pula berharga $541,000 hingga $711,000 menjadikan flat-flat itu paling mahal dalam pelancaran ini.



Pembeli juga perlu menunggu paling lama bagi flat-flat itu kerana mereka akan mengambil masa sekitar 68 bulan, atau sekitar 5.6 tahun untuk disiapkan.



Ulu Pandan Glades adalah yang kedua daripada tiga projek BTO yang akan dilancarkan di timur Dover Forest.



Projek BTO pertama, Ulu Pandan Banks, juga terletak di bawah model PLH dalam urusan penjualan November 2022.



Flat-flat di Ulu Pandan Banks tidak mempunyai permintaan yang tinggi, dengan kebanyakan pemohon kali pertama mungkin mempunyai peluang untuk memilih unit.



Harga flat di Ulu Pandan Banks berharga antara $362,000 dengan $504,000 bagi flat tiga bilik dan $546,000 hingga $725,000 bagi flat empat bilik.



Ia juga lebih berdekatan dengan stesen MRT berbanding dengan Ulu Pandan Glades.



Projek PLH kedua dalam urusan jualan sekarang ialah Farrer Park Fields, yang mempunyai 1,274 flat dua bilik fleksi, tiga bilik dan empat bilik yang terletak di tapak antara Little India dan Stesen MRT Farrer Park.



Harga bagi projek itu antara $356,000 dengan $449,000 bagi flat tiga bilik, dan $484,000 hingga $631,000 bagi flat empat bilik.



Pembeli perlu menunggu selama kira-kira 53 bulan iaitu sekitar 4.4 tahun.



Projek BTO lain di Kallang/Whampoa ialah Rajah Summit, yang menawarkan 510 flat tiga bilik dan empat bilik terletak di tapak di Jalan Rajah bersebelahan Sungai Kallang.



Harga bagi projek itu antara $326,000 hingga $443,000 bagi flat tiga bilik, dan $459,000 hingga $631,000 bagi flat empat bilik.



Ia mempunyai waktu menunggu selama 58 bulan, atau kurang sedikit daripada lima tahun.



Pemilik flat dalam dua projek PLH itu perlu membayar enam peratus daripada harga jualan semula atau taksiran, yang mana lebih tinggi, kepada HDB apabila mereka menjual rumah mereka di pasaran terbuka buat kali pertama.



Penolakan balik, atau 'clawback', subsidi juga dikenakan kepada penjualan rumah buat julung kali dan bukan terhadap jualan rumah selanjutnya kerana subsidi lebih tinggi diberi kepada pembeli rumah pertama.



Pemilik juga akan terikat dengan Tempoh Penginapan Minimum (MOP) 10 tahun sebelum mereka boleh menjual flat mereka.



Flat BTO biasa disertakan dengan MOP lima tahun dan tidak mempunyai penolakan balik subsidi.



Pemilik juga tidak dibenarkan menyewakan seluruh unit mereka, walaupun selepas MOP berakhir.



Bagi projek BTO di Tengah dan Jurong West, sekurang-kurangnya 95 peratus daripada flat empat bilik dan lebih besar, dan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada flat tiga bilik, diketepikan bagi keluarga pemohon kali pertama.



Pembeli perlu menunggu kurang daripada empat tahun untuk flat mereka.



Di Tengah, 1,641 flat dua bilik fleksi, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik ditawarkan di Brickland Weave, yang terletak di tapak di Brickland Road berdekatan bandar Choa Chu Kang.



Ia berharga antara $291,000 dengan $375,000 bagi flat empat bilik dan $401,000 hingga $503,000 bagi flat lima bilik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >