Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos bertemu Menteri Sekitaran Oman, bincang isu sekitaran dan iklim

Jul 06, 2019 | 07:06 PM



Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad telah bertemu Menteri Sekitaran dan Ehwal Iklim Oman Mohammed Salem Al Tobi semasa lawatan beliau ke Singapura dari 3 hingga 5 Julai lalu. 


Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada Program Pelawat Terhormat Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR). 


Semasa lawatan tersebut, pegawai Singapura dan juga delegasi Oman telah mengadakan perbincangan mengenai isu persekitaran seperti pengurusan mutu udara, pengurusan buangan kimia dan berbahaya, serta langkah-langkah mengurangkan perubahan iklim dan strategi penyesuaian. 


Delegasi tersebut juga telah mengunjungi prasarana seperti Loji Pembakar di Tuas Selatan, Makmal Radiokimia Nasional NEA dan Pusat Penyelidikan Iklim Singapura.


Kali terakhir Encik Masagos bertemu Encik Salem Al Tobi adalah semasa beliau berada di Muscat Oktober tahun lalu untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan Pengurusan Persekitaran dan Perubahan Iklim. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >