Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Daya tahan keimanan, pengorbanan tunggak pembangunan masyarakat

Aug 12, 2019 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed berkata daya tahan dalam keimanan seorang Muslim serta sifat pengorbanan yang dipaparkan dalam ibadah korban, menjadi tunggak kepada pembangunan masyarakat Melayu-Islam.



Justeru, beliau menggesa masyarakat Melayu-Islam untuk kekalkan sifat-sifat murni ini sepanjang tahun dan bukan hanya semasa Aidiladha.



Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata demikian selepas menunaikan solat Aidiladha di Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok semalam.



"Keimanan adalah akar kewujudan kita. Ibadah keimanan memerlukan sedikit pengorbanan, meninggalkan apa yang kita sayangi dan miliki, untuk berkongsi keceriaan dengan orang lain, atas nama belas kasihan.



"Hari ini adalah hari istimewa di mana satu ibadah istimewa yang dilakukan untuk menandakan keimanan kita, bagi menunjukkan sifat belas kasihan. Saya harap semangat pengorbanan dan berkongsi dapat diteruskan sepanjang tahun mahupun untuk seumur hidup kita," ujarnya.



Sekitar 4,000 jemaah telah menunaikan solat Aidiladha di masjid tersebut semalam.



Turut menyertai solat bersama jemaah adalah Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Mohd Fahmi Aliman, Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram yang juga menyampaikan khutbah kepada jemaah yang hadir.



Dalam khutbahnya, Mufti mengingatkan masyarakat Islam tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as dan erti daya tahan keimanan seseorang sempena Aidiladha.



Beliau berkata ia tidak mencerminkan sesuatu perbuatan baik mahupun ibadah, tanpa melakukan apa-apa.



Sebaliknya, ia adalah cerminan keinginan seseorang untuk berkorban dan memiliki disiplin dalam diri untuk mencari penyelesaian bagi kehidupan yang berjaya.



Mufti kemudian menjelaskan tiga ciri-ciri utama daya tahan - iaitu mendakap cabaran dan perselisihan sebagai jalan menuju ke arah yang lebih baik; sentiasa memberi yang terbaik dalam semua yang dilakukan dan tidak menyelesaikan secara biasa-biasa sahaja dan akhirnya, mencerminkan diri dan berfikir, bukan sekadar menerima sahaja, tetapi bersikap kritikal dalam penilaian masing-masing.



Encik Masagos juga menekankan seruan yang dibuat Mufti - supaya masyarakat Melayu-Islam Singapura dapat menyumbangkan waktu dan tenaga sebagai pengorbanan mereka, untuk membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat ini.



Ini dikatakan susulan usaha M Kuasa Tiga (M3) yang merangkumi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki (Mendaki) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Ia bertujuan menggembleng tenaga masyarakat Melayu-Islam untuk bekerjasama membangunkan masyarakat ini.



"Di Singapura, kita boleh menunjukkan sifat pengorbanan kita dengan menjadi sukarelawan dalam pelbagai usaha yang sedang dilakukan, supaya dapat mempertingkatkan lagi kemasyarakatan dalam masyarakat Melayu-Islam di Singapura," tambah Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >