Masagos: Galak belia guna bahasa Melayu tanggungjawab semua
Sep 22, 2019 | 05:30 AM
SELURUH masyarakat Melayu/Islam memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak muda, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Meskipun penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda semakin berkurangan, Encik Masagos berkata beliau gembira masyarakat lebih sedar akan peri penting dalam mempertingkatkan lagi penggunaan bahasa itu.