Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Geran baru dilancar untuk pendidikan awal

Oct 17, 2021 | 05:30 AM



SATU inisiatif tokokan baru telah dilancarkan, sebagai usaha mendorong keluarga mendaftarkan anak-anak mereka lebih awal, menggalak kehadiran di prasekolah serta mengikuti program KidSTART.



Sebagai sebahagian daripada daya usaha 'Growing Together with KidSTART', tokokan The KidSTART (Akaun Pembangunan Anak) bertujuan membantu keluarga mengimbangi kos membesarkan seorang anak.



KidSTART Singapore, adalah sebuah syarikat terhad tanpa keuntungan yang menyediakan program pembangunan kanak-kanak serta sokongan kesihatan dan sosial kepada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun.



Bercakap mengenai inisiatif baru itu di Persidangan Pembangunan Awal Anak-Anak 2021 semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkongsi bahawa inisiatif itu akan membolehkan setiap anak mempunyai peluang terbaik untuk berkembang dalam kehidupan, tanpa mengirakan latar belakang atau sumber daya keluarga mereka.



"Kami akan memberikan lebih banyak sokongan bagi keluarga dan anak-anak yang mendaftar dan mengambil bahagian secara berkala dalam prasekolah serta aktiviti KidSTART melalui tokokan CDA setiap tahun.



"Ini akan dibiayai oleh sumbangan syarikat dan rakan kongsi masyarakat, dan di samping nilai tambah $200 sekali.



"Kami juga akan memberikan tokokan yang lebih besar untuk mendorong keluarga mendaftarkan anak mereka di prasekolah lebih awal," jelas Encik Masagos yang juga merupakakan Menteri Kedua Kesihatan.



Tokokan ini adalah di samping pengumuman Pemerintah memberi tokokan $200 kepada semua kanak-kanak warga Singapura berusia enam tahun ke bawah.



Di bawah inisiatif ini, setiap kanak-kanak KidSTART akan menerima $100 untuk setiap tahun kehadiran tetap sehingga dia berusia 6 tahun.



Kanak-kanak itu juga akan layak mendapat tokokan tambahan sekali pada tahun mereka memulakan pendaftaran prasekolah mereka, kata jurucakap Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).



Tambahnya, jumlah tokokan sekali itu lebih tinggi jika ibu bapa mula untuk mendaftarkan kanak-kanak pada usia yang lebih muda.



Mereka yang mendaftar kanak-kanak pada usia empat tahun ke bawah akan menerima tokokan $200, manakala mereka yang mendaftarkan kanak-kanak pada usia empat tahun ke atas akan hanya menerima tokokan $100.



Selain daripada sokongan untuk kanak-kanak mendaftar ke sekolah, guru-guru prasekolah juga dapat menantikan lebih banyak peluang untuk mengembangkan diri secara profesional.



Dengan kolaborasi bersama SkillsFuture Singapura (SSG), ECDA telah melancarkan rangka kerja kemahiran untuk Pembangunan Kanak-kanak yang baru supaya dapat menyokong guru-guru meningkatkan kemahiran yang diperlukan dalam peranan yang berlainan dalam sektor itu.



Dalam rangka kerja yang disegarkan semula, laluan kerjaya Pendidik Bayi dan Awal serta laluan Kepimpinan telah diperluas untuk mencerminkan kemajuan potensi dan aliran pengambangan yang tersedia untuk pendidik yang mengajar kanak-kanak yang lebih muda.



ECDA juga telah memasukkan trek kerjaya baru untuk Pendidik Sokongan Pembelajaran (LSEds) dan Intervensi Awal (EI) dalam rangka Kerja Kemahiran yang diperbaharui yang bertujuan untuk mencerminkan peranan pekerjaan keliangan antara Awal Kanak-kanak dan Intervensi Awal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >