Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos hargai kesediaan Muslim S'pura buat penyesuaian hadapi pelbagai perubahan

Apr 22, 2023 | 06:45 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memuji sikap masyarakat Islam di sini atas persefahaman dan sokongan kuat mereka dalam menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang dihadapi.



Menzahirkan penghargaannya itu menerusi catatan di Facebook petang ini, Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata gema takbir raya yang penuh syahdu membuatnya menghimbau Ramadan yang baru berlalu. 



"Saya bersyukur masyarakat Islam kita dapat menyambut Ramadan dan Syawal dalam keadaan aman dan tenteram yang membolehkan kita menjalankan ibadah sepenuhnya dan menikmati Ramadan hingga penghujungnya. 



"Buat pertama kalinya sejak pandemik Covid-19, kita dapat mengerjakan Solat Hari Raya Aidilfitri tanpa membuat tempahan ruang solat kecuali di beberapa masjid dengan jumlah jemaah yang tinggi. 



"Saya sangat berterima kasih atas sokongan kuat dan persefahaman  masyarakat Islam kita, menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan," katanya.



Jelasnya, dengan tempahan ruang solat di kebanyakan masjid tidak diperlukan lagi, beliau bersyukur para jemaah bekerjasama demi kesejahtaeraan semua dengan membuat perancangan awal memilih sesi kedua atau ketiga, atau pergi ke masjid-masjid yang kurang sesak. 



"Pagi tadi, saya menyertai para anggota lembaga pengurusan, tenaga kerja, sukarelawan dan jemaah Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio untuk menunaikan solat Aidilfitri di sesi kedua. Terima kasih kepada masjid-masjid dan rangkaian rakan kongsi atas kerja keras mereka untuk memastikan keselesaan dan keselamatan jemaah," ujarnya.



Dalam Amanat Hari Raya yang disampaikan beliau semalam, masyarakat Islam katanya,  menyambut Syawal dengan penuh kesyukuran dan keinsafan dengan pengajaran yang diraih semasa pandemik. 



"Saya harap kita, sebagai satu masyarakat gemilang, akan terus melipatgandakan usaha untuk melestarikan nilai-nilai keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan. Semoga Aidilfitri kali ini lebih indah bagi anda sekeluarga. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin," tulisnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >