Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Hulur bantuan tidak kira bangsa, agama

May 13, 2018 | 05:30 AM



SEMPENA meraikan Ramadan yang bakal menjelang, anggota masyarakat harus saling harus mempunyai sifat murah hati dan sedia menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tidak kira bangsa dan agama.



Elemen ini adalah kunci utama dalam membina masyarakat yang kukuh, bersepadu dan saling mengambil berat antara satu sama lain.



Lantaran itu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menghargai inisiatif pasar raya NTUC FairPrice yang mendermakan habuan merangkumi barangan harian bernilai $15,000 kepada 300 keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan Tampines semalam.



Pemberian barangan harian yang antaranya merangkumi minyak, biskut dan kertas tisu itu dapat meringankan beban kewangan keluarga-keluarga memerlukan.



Bercakap di majlis pelancaran sambutan Hari Raya Aidilfitri FairPrice di Our Tampines Hub (OTH) semalam, Encik Masagos berharap inisiatif oleh FairPrice itu akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan dan memberi keceriaan pada keluarga yang memerlukan.



"Di Singapura, kami memastikan kami berkongsi kekayaan dan kegembiraan bersama," ujar Encik Masagos, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines.



Katanya lagi, inisiatif FairPrice ini juga sejajar dengan Gerakan Berbudi Tampines bagi menggalakkan penduduk Tampines mengamalkan sifat berbuat baik dalam kalangan ahli keluarga, jiran, kawan dan persekitaran.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC FairPrice, Encik Seah Kian Peng, berkata, "Ada banyak kebaikan yang diamalkan dalam bulan Ramadan seperti sifat belas ihsan dan murah hati.



"FairPrice berbesar hati dapat memainkan peranan dalam meraikan bulan ini sambil memberi komitmen untuk memupuk penjagaan di kalangan masyarakat dan membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan matlamat supaya dapat memperkasakan mereka dalam jangka panjang."



Demi membantu keluarga berpendapatan rendah, FairPrice memastikan agar harga barangan harian kekal berpatutan dan menawarkan lebih 250 produk jenama pasar raya itu sendiri.



Salah seorang penerima habuan FairPrice ini adalah Cik Halimah Kayat, 73 tahun, yang tinggal bersama suaminya, 75 tahun.



Ini merupakan kali pertama beliau mendapat habuan barangan harian menjelang Ramadan.



"Kami sudah tidak kerja. Jadi, barangan harian ini dapat membantu dalam keperluan harian kami," kata Cik Halimah yang mempunyai dua anak berusia 41 dan 45 tahun.



Dalam pada itu, FairPrice juga akan mengagihkan kurma dan minuman kepada pelanggan Islam yang berada di stor FairPrice semasa Ramadan untuk membantu mereka berbuka puasa.



FairPrice merupakan kedai runcit pertama untuk mengagihkan kurma dan minuman kepada pelanggan Islam sejak sembilan tahun lalu di 10 cawangannya untuk memupuk pemahaman budaya di kalangan bangsa lain. Inisiatif ini diperluaskan kepada 40 cawangan di merata Singapura pada tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >