Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Jemaah haji SG laksana langkah keselamatan

30 diuji positif Covid-19 namun ada telah pulih, diizin sertai jemaah lain wuquf di Arafah
Jul 09, 2022 | 05:30 AM



VIRUS Covid-19 tidak merebak dalam kalangan jemaah haji Singapura meskipun mereka tinggal dekat dengan satu sama lain, dengan jemaah menjaga diri mereka dengan baik, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.



Ini meskipun terdapat 30 jemaah haji yang telah diuji positif bagi Covid-19 di Arab Saudi.



Meskipun segelintir mereka telah pulih, kesemuanya telah dibenarkan pihak berkuasa negara itu menyertai jemaah haji Singapura yang lain bagi melaksanakan wuquf di Arafah semalam kerana mereka mengalami gejala ringan, kata Encik Masagos.



Hanya terdapat seorang jemaah saja yang mengalami gejala lebih teruk sedikit, yang dibantu pihak berkuasa Arab Saudi melakukan wuquf dan membuat perjalanan ke Muzdalifah dan Mina seterusnya supaya dapat menyempurnakan ibadah haji.



Berkongsi perkembangan terkini, Encik Masagos, yang mengetuai rombongan Singapura bagi musim haji tahun ini, berkata kesemua jemaah Singapura telah selamat tiba di Arafah malam kelmarin untuk melaksanakan wuquf.



Beliau turut berkata jemaah Singapura mengambil langkah berjaga-jaga, seperti menggunakan pelitup muka dan mengawal interaksi di kalangan mereka dengan baik, dalam usaha menjaga kesihatan.



"Disebabkan itu, Covid-19 tidak merebak dalam kalangan mereka meskipun mereka tinggal dekat dengan satu sama lain," kata beliau.



"Alhamdulillah, sama-sama kita menjaga kesihatan, langkah-langkah menjauhi daripada jangkitan Covid-19. Jumlah yang dijangkiti begitu kecil sekali, 30 sahaja, dan semua dengan gejala yang ringan dapat izin untuk berwuquf di Arafah," tambah beliau.



Seramai 900 jemaah Singapura berada di Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini.



Encik Masagos menambah bahawa beliau menerima maklum balas baik sejauh ini daripada semua pegawai ejen penjualan pakej haji (GSA) yang berpuas hati dengan layanan yang diberikan pihak Arab Saudi dan juga petugas dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Ini termasuk juga rawatan yang perlu didapatkan daripada pasukan perubatan Singapura.



Tahun ini, terdapat dua Ejen Penjualan Individu (IGSA) dan dua GSA Konsortium (CGSA) yang dilantik Muis untuk mengendalikan ibadah haji 2022.



Mereka terdiri daripada Halijah Travels dan Shahidah Travel & Tours, serta syarikat Jalaluddin Travel & Services dan TM Fouzy Travel & Tours selaku ejen utama.



Kelmarin, Encik Masagos telah mengunjungi klinik perubatan Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) di Shisha, tempat permukiman jemaah Singapura yang berdekatan dengan Mina, untuk bertemu dengan pasukan perubatan sukarelawan yang bertungkus-lumus memberikan khidmat yang baik kepada jemaah Singapura.



Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah, kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >