Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos ke Bali bagi mesyuarat sosiobudaya Asean

May 06, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan melakukan kunjungan ke Indonesia mulai 7 Mei hingga 11 Mei.



Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, akan mewakili Singapura di Mesyuarat Majlis Masyarakat Sosio-Budaya Asean (ASCC) di Bali pada 8 Mei dan mengukuhkan hubungan di Makassar pada 10 Mei.



Ini dinyatakan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan pada Jumaat.



Mesyuarat Majlis ASCC itu membincangkan dan menyokong agenda sosial Asean mengenai sekitaran, pendidikan, maklumat, budaya, kesihatan, belia, wanita, kanak-kanak, buruh, sukan, kebajikan sosial, pembangunan luar bandar, penghapusan kemiskinan, dan latihan perkhidmatan awam.



Mesyuarat Majlis ASCC yang ke-29 itu akan membincangkan pelbagai inisiatif sosiobudaya dan dokumen hasil perbincangan akan disalur kepada para pemimpin Asean di Puncak Asean ke-42.



Majlis ASCC merupakan salah satu daripada tiga Majlis Masyarakat ASCC, dengan dua lagi merupakan Majlis Masyarakat Keselamatan Politik Asean dan Majlis Masyarakat Ekonomi Asean.



Encik Masagos kemudian akan ke Makassar untuk bertemu Gabenor Sulawesi Selatan, Encik Andi Sudirman Sulaiman dan Mayor Makassar, Encik Mohammad Ramdhan Pomanto.



Encik Masagos akan ditemani para pegawai MSF serta Kedutaan Singapura di Jakarta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >