Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Masagos: Kerjasama rentas pelbagai pihak penting bagi SG atasi cabaran

Apr 23, 2022 | 06:37 AM



KERJASAMA merentasi pelbagai pertubuhan dan kumpulan amat penting bagi mengatasi cabaran yang Singapura hadapi sebagai sebuah negara, kata Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beliau berkata Singapura mencapai keadaan lebih baik sekarang dalam memerangi pandemik Covid-19 hasil kerjasama, sokongan dan sumbangan mereka.



Encik Masagos berkongsi pandangannya itu semasa majlis buka puasa hibrid anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kelmarin, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan beberapa pemimpin berbilang agama serta badan Melayu/Islam (MMO) di Masjid Al-Muttaqin.



"Sedang kita bergerak secara progresif ke arah kehidupan seperti sediakala, masyarakat Islam kita telah dikurniakan peluang, khususnya buat Ramadan tahun ini, menunaikan solat tarawih dalam jumlah lebih besar dan berjemaah tanpa berjarak, dengan merapatkan saf.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan dan sukarelawan masjid kerana cepat menyesuaikan keadaan dengan pelbagai Langkah Pengurusan Keselamatan (SMM) bagi memastikan keselamatan jemaah kita, termasuk mereka yang perlu berbuka puasa di masjid," ujar beliau.



Encik Masagos juga berharap semua orang terus berwaspada dan menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing serta meneruskan amalan terbaik yang dilakukan semasa Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >