Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos ketuai delegasi haji SG

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bakal mengetuai delegasi Singapura untuk mengerjakan haji tahun ini.



"Alhamdulillah, selepas dua tahun pandemik Covid-19, jemaah haji kami bersyukur atas undangan menunaikan rukun Islam kelima mereka.



"Insya-Allah, saya akan bersama anda sebagai ketua delegasi pada musim haji tahun ini. Saya amat berbesar hati bersama anda dan akan membantu memastikan perjalanan haji diteruskan dengan lancar," kata Encik Masagos semalam.



Beliau berkata demikian bagi meraikan bakal jemaah haji di Max Atria, Singapore Expo semalam.



Seramai 407 jemaah dari Singapura akan menunaikan ibadah haji tahun ini.



Jumlah itu merupakan 45 peratus daripada kuota rasmi negara seramai 900 jemaah sebelum ini, dan mereka terdiri daripada individu yang sepatutnya melakukan ibadah haji pada 2020.



Delegasi Singapura antara lain termasuk kakitangan di bawah Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO).



Ini termasuk Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen dan sepasukan kakitangan yang akan menyediakan perkhidmatan perubatan dan kebajikan kepada jemaah haji Singapura.



"Insya-Allah, kita akan diiringi pasukan yang terdiri daripada empat orang doktor, enam orang jururawat dan enam pegawai pentadbiran. Mereka akan turut bersama sepanjang perjalanan kita di Jeddah, Makkah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Madinah," jelas Encik Masagos lagi.



Kumpulan pertama jemaah Singapura akan berangkat ke Arab Saudi pada 25 Jun dan kumpulan terakhir pada 3 Julai nanti.



Encik Masagos semalam menekankan betapa penting bagi para jemaah menjaga kesihatan masing-masing kerana penularan Covid-19 masih berlaku.



Muis telah melancarkan aplikasi yang dinamakan PilgrimSG, untuk mempertingkat khidmat yang disediakan bagi para jemaah.



Menerusi aplikasi itu, para jemaah Singapura boleh membuat janji temu di klinik yang diuruskan SPAO serta dapatkan bantuan kecemasan melalui ciri geolokasi, yang membolehkan pihak SPAO mengenal pasti lokasi mereka menerusi GPS.



Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat semalam memuji kemudahan aplikasi yang disediakan Muis itu.



"Aplikasi baru ini merupakan satu inisiatif yang baik daripada pihak Muis untuk memastikan bahawa jemaah haji Singapura dapat dikesan di mana mereka berada di tanah suci itu serta dapat membantu mereka sekiranya mereka hilang.



"Ini juga baik buat ejen penjualan pakej haji (GSA) untuk membantu mengambil jemaah yang hilang itu dan kembalikan ke tempat penginapan masing-masing," katanya.



Laporan lanjut: Pasangan syukur dapat tunai haji selepas tertunda 2 tahun




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >