Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos lancar daya usaha baru sokong keluarga di Tampines

Kempen 'Tampines Untuk Keluarga' akan penuh program, aktiviti pupuk kekeluargaan
Nov 28, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH daya usaha baru telah diperkenal bagi mewujudkan sekitaran yang menyokong dan mesra keluarga bagi penduduk Tampines melalui program dan aktiviti menarik.



Semalam pagi, lebih 500 keluarga berkumpul bagi acara Tampines Green Walkathon (TG Walk) di bawah kempen 'Tampines Untuk Keluarga' (TMF) itu.



Dalam TG Walk itu, peserta meneroka taman-taman di bandar Tampines menerusi laluan sepanjang lima hingga lapan kilometer bermula dari trek Our Tampines Hab (OTH).



Ia dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Anggota Parlimen GRC Tampines.



Di bawah TMF, lebih 83,000 isi rumah di Tampines akan juga mendapat baucar potongan harga apabila berbelanja di kedai runcit yang mengambil bahagian serta kedai makanan dan minuman (F&B) di OTH.



"Baucar ini boleh digunakan di OTH apabila mereka menyertai kegiatan keluarga dan membeli kedai F&B yang layak di OTH,'' kata Encik Masagos.



Buku potongan harga telah dipos kepada isi rumah awal bulan ini bagi membantu keluarga menguruskan perbelanjaan harian mereka.



Daya usaha terbaru itu selaras dengan kempen Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang mendedikasikan tahun ini sebagai Tahun Meraikan Keluarga SG.



Ia membolehkan rakyat Singapura merealisasikan aspirasi mereka untuk memulakan dan memupuk keluarga mereka.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, telah membangunkan lagi usaha itu dengan melancarkan pelan 'Sebuah Singapura Bagi Keluarga 2025' pada 8 November.



Kenyataan OTH itu mengatakan keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan dan OTH ingin mendekati keluarga dan pelawat melalui kegiatan menarik yang dianjurkannya dan Kelab Masyarakat (CC) di Tampines Central, Tampines North, Tampines East, Tampines West dan Tampines Changkat.



Antara lain, Pesta Bola Sepak Untuk Keluarga akan diadakan pada 3,4 dan 11 Disember meliputi klinik bola sepak bagi kanak-kanak, perlawanan bola sepak bawah 18 tahun dan pesta bertema bola sepak.



Selain itu, kegiatan menderma buku teks sekolah, 'FairPrice Share-a-Textbook' akan diadakan di OTH dari 10 hingga 15 Disember bagi mengagih buku teks percuma kepada keluarga berpendapatan rendah.



Kem Keluarga GRC Tampines pula akan diadakan pada 17 Disember di gelanggang hoki di OTH.



Sebelum kem itu, kegiatan seperti bengkel mengongsi kemahiran memperkuat stamina fizikal dan mental akan diadakan di semua CC tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >