Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos lawat Saudi dan Mesir mulai esok

Jan 08, 2023 | 08:49 PM



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad akan memulakan lawatan ke Arab Saudi mulai esok (9 Jan). 

Dalam rangka lawatan empat hari sehingga 12 Januari itu, Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, akan memimpin delegasi Singapura dalam Persidangan dan Pameran bagi Khidmat Haji dan Umrah di Jeddah, menurut kenyataan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Ahad (8 Jan). 

Kenyataan itu menjelaskan bahawa Encik Masagos dijadualkan bertemu dengan Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq bin Fawzan Al Rabiah dalam lawatan tersebut.

Menyusuli itu, Encik Masagos dan delegasinya akan melakukan kunjungan ke Mesir pada 13 Januari hingga 15 Januari. 

Tambah kenyataan Muis, lawatan ke kededua negara itu akan termasuk pertemuan bersama dengan asatizah bagi meneroka dan memperkukuhkan kerjasama untuk menyokong Program Penyelidikan bagi Masyarakat Islam Gemilang (RPCS) dan Sijil Pos Siswazah dalam Islam dalam Masyarakat Kontemporari. 

Dalam pada itu, Encik Masagos dijangkakan meluangkan masa untuk bertemu dengan para pelajar Singapura yang sedang menuntut pendidikan pengajian tinggi di Madinah dan Kahirah. 

Encik Masagos juga dijadualkan bertemu dengan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial, Eng. Ahmed Bin Sulaiman Al Rajhi di Riyadh.

Menurut kenyataan itu lagi, Encik Masagos akan diiringi oleh Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen serta para pegawai lain. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >