Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Masjid main peranan penting sebagai institusi keagamaan, perkasa masyarakat

Sep 10, 2018 | 05:30 AM



MASJID di Singapura perlu terus memainkan peranan penting sebagai sebuah institusi keagamaan dan pada masa yang sama meningkatkan usaha memperkasa masyarakat dengan menyediakan peluang bagi relawan dan jemaah masjid membantu mereka yang memerlukan.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata demikian di Konvensyen Masjid 2018 yang diadakan di Auditorium Masyarakat, Our Tampines Hub (OTH) semalam.



Acara itu sebahagian acara penutup Pesta Masyarakat Salam Singapore anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sempena ulang tahun jubli emasnya.



Menurut Encik Masagos, masjid juga boleh memainkan peranan aktif dalam masyarakat majmuk Singapura.



"Masjid kita mesti menyumbang secara aktif kepada masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan agama dengan bekerjasama dengan anggota masyarakat etnik dan agama lain," kata beliau di hadapan 1,600 hadirin.



Dalam ucapannya, Encik Masagos turut menggariskan tiga pendekatan utama untuk masjid dalam mencapai visi yang sama bagi membangunkan masjid masa hadapan.



Tiga pendekatan ini memerlukan usaha berkhidmat di luar masjid; masjid sebagai sebuah sektor dan kerjasama antara pemimpin masjid.



Dalam memberikan khidmat di luar masjid, Encik Masagos berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan masjid setempat telah memberi komitmen ke atas kerjasama M Kuasa Tiga (M3) antara Muis, Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



"Masjid kita perlu menjadi platform bagi relawan, belia dan kakitangan untuk bekerjasama demi kebaikan bersama selain mencontohi sifat dan nilai rahmah.



"Muis dan masjid komited tentang kerjasama M3, untuk memperkukuhkan lagi jangkauan masjid kepada masyarakat Islam.



"Menerusi M3, masjid kami mampu mendekati lebih ramai keluarga Islam yang memerlukan dan membantu menghubungkan mereka dengan pelbagai skim bantuan serta meningkatkan akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan," kata beliau.



Encik Masagos juga menekankan perlunya membangunkan pemimpin masjid yang mampu bekerjasama dengan pemimpin masyarakat lain untuk mencapai impak yang lebih besar, dengan mengoptimumkan sumber dan keupayaan sedia ada.



Dalam memastikan masjid berfungsi dengan berkesan sebagai satu sektor dan menjadi rakan kongsi aktif dalam pembangunan masyarakat, pemimpin masjid mesti membangunkan keupayaan mempertingkat, memupuk dan mengukuhkan hubungan kerjasama antara masjid dan rakan kongsi masyarakat serta kumpulan advokasi lain



"Ini akan memaksimumkan sumber masjid dalam perkhidmatan mereka kepada masyarakat," ujar Encik Masagos lagi.



Bertemakan 'Semarak Langkah. Berjiwa Rahmah', Salam Singapore yang melabuhkan tirainya semalam merupakan sebuah festival besar-besaran bagi merai kerjasama 50 tahun antara rakan masyarakat dengan Muis.



Malam kelmarin, lebih 2,000 orang menghadiri Bicara Perdana Mufti yang diadakan buat pertama kalinya di OTH. Dalam ceramahnya, Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram antara lain menyentuh tentang pelbagai konsep rahmah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >