Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Masagos: Melayu punya ciri unik untuk dakap perubahan, rebut peluang lepas Covid-19

Keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan dapat bantu masyarakat
Mar 18, 2021 | 05:30 AM



TIGA ciri unik masyarakat Melayu/Islam Singapura memainkan peranan penting dalam membantu mereka mendakap perubahan dan merebut peluang dalam dunia pascapandemik Covid-19.



Menggariskan tiga ciri itu - keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan - Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata masyarakat Melayu/Islam di sini telah mencapai kemajuan baik menjadi masyarakat contoh yang menyumbang.



Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Menteri Kedua Kesihatan, berkata demikian dalam sesi kedua satu siri dialog pasca-Belanjawan M3 bersama pemimpin masyarakat Melayu/-Islam kelmarin.



Menarik perhatian pada satu aset penting masyarakat, asatizah, Encik Masagos berkata masyarakat harus terus menyokong mereka supaya mereka dapat membimbing masyarakat menyesuaikan diri dengan baik dalam kehidupan ekonomi terbuka dan masyarakat majmuk.



Sebagai sebahagian usaha mewujudkan keluarga kukuh, Encik Masagos berkata program seperti Bersamamu dan Fitrah, misalnya, bertujuan menyokong dan memperkasa keluarga agar mereka juga menjadi individu yang menyumbang kepada masyarakat.



Dalam usaha membina sebuah Masyarakat Gemilang, Encik Masagos turut menggalak masyarakat agar terus merebut peluang menjalani latihan semula dan meningkatkan kemahiran untuk mempersiap diri bagi masa hadapan.



"Kita harus mewujudkan semangat menimba dan mendalami ilmu serta meningkatkan kemahiran supaya kita menjadi masyarakat yang menyumbang dalam apa sahaja dan di mana sahaja kita berada... melalui pendidikan, peningkatan dan pembaharuan kemahiran, terutama sekali dalam suasana dunia sekarang," ujar Encik Masagos.



Beliau menambah bahawa masyarakat Melayu/Islam juga telah memaparkan semangat kewarganegaraan, dan ini lebih lagi jelas dilihat semasa pandemik Covid-19.



Antara lain, Singapura negara pertama mengambil langkah menutup masjid dan menangguhkan haji tahun lalu, sebelum beberapa negara lain membuat pengumuman langkah itu sebagai sebahagian usaha membendung penularan koronavirus itu.



"Kita tahu cara membuat penyesuaian kerana agama ini tidak menyusahkan kita. Kita boleh meninggalkan kesan sebagai warga apabila kita tahu cara mementingkan rahmah kepada semua, dan ini bukan kepada manusia sahaja, bahkan alam sekitar," ujar Encik Masagos.



Dialog itu dihadiri pemimpin masyarakat Melayu/Islam dalam talian dan secara fizikal di Auditorium Ibu Pejabat Persatuan Rakyat (PA) di King George's Avenue.



Ia turut dihadiri Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Rahayu Mahzam dan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang Zhulkarnain Abdul Rahim, dengan pengerusi Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) Amatul Jameel Suhani Sujari selaku moderator.



Antara isu yang dibincangkan ialah Pelan Hijau Singapura, pekerjaan dan latihan serta kesejahteraan mental.



Ditemui di akhir dialog itu, Encik Zhulkarnain berkata sesetengah isu itu wujud sebelum Covid-19 menular namun ia menjadi lebih genting dalam suasana sekarang.



Sedang masyarakat terus menangani kesan Covid-19 ke atas kehidupan mereka, wadah sedia ada seperti M3 boleh memainkan peranan menangani isu jangka panjang itu, antara lain menerusi pelbagai kegiatan dan program mentoring yang dikendalikannya, ujar beliau.




"Kita harus mewujudkan semangat menimba dan mendalami ilmu serta meningkatkan kemahiran supaya kita menjadi masyarakat yang menyumbang dalam apa sahaja dan di mana sahaja kita berada... melalui pendidikan, peningkatan dan pembaharuan kemahiran, terutama sekali dalam suasana dunia sekarang."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



"Kita tahu cara membuat penyesuaian kerana agama ini tidak menyusahkan kita. Kita boleh meninggalkan kesan sebagai warga apabila kita tahu cara mementingkan rahmah kepada semua, dan ini bukan kepada manusia sahaja, bahkan alam sekitar."
- Encik Masagos Zulkifli, menekankan masyarakat Melayu/Islam telah memaparkan semangat kewarganegaraan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >