Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: SG Lebih Sihat bina ekosistem mudahkan hidup sihat

Nov 20, 2022 | 05:30 AM



LAKUKAN langkah kecil yang dibuat dalam kehidupan seharian seperti berjalan pantas dengan keluarga atau memilih makanan yang sihat.



Pemimpin masyarakat pula boleh memanfaatkan rangkaian yang telah pun dijalin untuk melibatkan penduduk Melayu/Islam setempat untuk memilih gaya hidup sihat.



Demikian nasihat Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Promosi kesihatan memerlukan usaha bersepadu. Sebagai sebahagian daripada inisiatif SG Lebih Sihat, kami sedang membina ekosistem dan mengumpulkan masyarakat untuk memudahkan kehidupan sihat.



"Rangkaian JKJU (Jaga Kesihatan, Jaga Ummah) adalah contoh bagaimana rakan masyarakat kita menawarkan pelbagai program hidup sihat dan mendekatkan mereka dengan rumah penduduk Melayu kita," kata Encik Masagos.



Beliau berkata demikian sewaktu ucapan secara maya di acara Sihat Bersama JKJU 2022 di Wisma Geylang Serai semalam.



Rangkaian JKJU merupakan satu usaha yang dibentuk Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) pada 2017. Usaha ini bertujuan memperkukuh usaha penggalakan kesihatan masyarakat Melayu.



Sebagai sebahagian daripada rangkaian ini, rakan kongsi masyarakat seperti masjid menawarkan pelbagai aktiviti dan program bagi jemaah mereka untuk mempromosi kesihatan dan kesejahteraan secara tetap.



Sejak 2021, HPB melibatkan rakan kongsi masyarakat seperti M Kuasa Tiga (M3), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), sektor kesihatan dan juga badan kebajikan sukarela.



Semalam, seramai 53 individu dan rakan kongsi telah diiktiraf atas usaha menyokong untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan di kalangan masyarakat Melayu antara Disember 2021 dan November 2022.



Antara mereka yang telah menerima pengiktirafan itu adalah Cik Syahrizan Mansor.



Beliau merupakan naib pengerusi M³@Jurong telah menerima Anugerah Juara Kesihatan.



Cik Syahrizan menerajui program Senang Senam pada Jun lalu di bawah inisiatif Saham Kesihatan.



"Anugerah ini memberi saya semangat untuk terus berusaha dan melibatkan masyarakat kita dalam mengambil berat tentang kesihatan kita," ujarnya.



Di acara itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam berkata dengan pencapaian ini, ia akan terus memberi motivasi untuk lebih ramai dalam masyarakat melibatkan diri dalam rangkaian tersebut.



"Individu dan badan-badan ini adalah duta kesihatan dan saya berharap mereka dapat terus menggalak ramai dalam masyarakat untuk menuju ke arah menjaga kesihatan.



"Mereka merupakan titik permulaan bagi ramai dalam masyarakat kita untuk memulakan gaya hidup sihat. Dengan rangkaian ini, kita dapat memastikan ramai di masyarakat yang mungkin ingin mulakan gaya hidup kesihatan tidak rasa keseorangan dan yakin bahawa mereka akan mempunyai sokongan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >