Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Masagos: SG minta kuota rasmi tunai haji ditambah

Oct 05, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 38,000 pemohon telah mendaftar dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk menunaikan haji dalam tahun-tahun akan datang.



Dengan penundaan pelaksanaan ibadah itu ke atas jemaah antarabangsa bagi dua musim haji yang lalu, Singapura telah meminta kuota rasmi ditambah, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam jawapan bertulisnya kepada soalan oleh Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Encik Abdul Samad Abdul Wahab.



Daripada jumlah pemohon yang telah mendaftar itu, sekitar 34,500 adalah pemohon kali pertama, terdiri daripada 7,500 yang berusia 40 tahun dan ke bawah, 18,000 yang berusia antara 41 dengan 60 tahun, dan 9,000 yang berusia 61 tahun dan ke atas.



"Kerajaan Arab Saudi (KSA) belum lagi mengumumkan status dan aturan bagi haji 2022 dan seterusnya. Sejak berlakunya Covid-19, KSA telah mengehadkan haji kepada bilangan jemaah yang terhad yang merupakan warga dan penduduk di KSA.



"Dengan penundaan haji antarabangsa dalam dua tahun kebelakangan ini, Singapura telah mengulangi permintaannya kepada Kementerian Haji dan Umrah di KSA bagi tempat haji tambahan, melebihi kuota rasmi yang diperuntukkan kepada Singapura, supaya lebih ramai jemaah warga Singapura dapat menunaikan haji apabila ia disambung untuk jemaah antarabangsa," kata Encik Masagos.



Beliau menambah, sekiranya ibadah haji dibenarkan bagi jemaah antarabangsa tahun depan, Muis, dengan rundingan bersama Kementerian Kesihatan, akan meneliti keadaan kesihatan awam di Singapura dan serata dunia, serta risiko kesihatan yang berkait dengan penghantaran sebuah delegasi.



Beliau menekankan keutamaan adalah melindungi kesihatan dan kesejahteraan jemaah Singapura dan masyarakat di sini.



Buat masa ini, Arab Saudi memperuntuk 900 tempat rasmi dan Muslim Singapura boleh menjangka penantian sekurang-kurangya 39 tahun untuk menunaikan haji.



Sejumlah 900 jemaah Singapura menunaikan haji pada 2019 selepas kuota haji ditambah 100 tempat.



Kuota rasmi ditetapkan berdasar formula 0.1 peratus penduduk Islam di Singapura, sesuatu yang diputuskan Pertubuhan Persidangan Islam (IOC) pada 1987.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >