Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos ucap tahniah, bangga pencapaian IB

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



PARA pelajar Singapura terus membanggakan negara dalam keputusan International Baccalaureate (IB) yang dikeluarkan kelmarin, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Mengucapkan tahniah kepada graduan, Encik Masagos berkata pelajar-pelajar itu berjaya mengatasi rakan-rakan peringkat global dalam peperiksaan IB.



Antara mereka adalah pelajar madrasah di sini.



"Sebagai pelajar madrasah, mereka perlu mengimbangi dengan baik subjek sekular dan agama mereka. Mereka sering belajar hingga lewat malam demi persiapan menghadapi peperiksaan.



"Harapan saya mereka menjadi pemimpin agama masa depan untuk masyarakat Islam Singapura," kata Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Dalam catatan di Facebook semalam, Encik Masagos turut berbangga dengan pelajar Kelas 2021 Madrasah Aljunied Al-Islamiah - Cik Tasneem Jamaludeen yang mencatat prestasi cemerlang, dengan menjadi pelajar madrasah pertama meraih markah penuh 45 mata.



Encik Masagos berkata Madrasah Aljunied, adalah satu-satunya madrasah di dunia bertaraf Sekolah Dunia IB, yang mempersiapkan kohort kedua pelajar mereka dengan baik.



Kesemua 16 pelajar madrasah di sana dianugerahkan Diploma Dwibahasa dalam program IB.



Purata markah yang dicapai Madrasah Aljunied ialah 39.69, lebih tinggi daripada purata markah global 32.39 pada 2021.



Kata Encik Masagos, pencapaian akademik itu memperlihatkan bagaimana Madrasah Aljunied kekal cemerlang dan boleh menawarkan pendidikan Islam serta pendidikan sekular bermutu yang diperlukan untuk masyarakat moden hari ini.



"Terima kasih kepada para asatizah dan kakitangan di Madrasah Aljunied, serta ibu bapa, atas sokongan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam membimbing anak-anak muda kita, sepanjang perjalanan mereka



"Tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya kepada pelajar kita dalam meneruskan perjalanan pendidikan mereka!" ujarnya.



Lungsuri www.BH.sg untuk laporan mengenai pencapaian pelajar IB Madrasah Aljunied Al-Islamiah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >