Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos umum usaha perkukuh 3M untuk manfaat masyarakat

Bentuk majlis penasihat Mesra yang dianggotai AP dan karyawan; Bersama laksana usaha jangkaui khidmat fasa terakhir
May 15, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad mengumumkan beberapa langkah untuk memperkukuh kepimpinan Melayu/Islam sambil meningkatkan kerjasama pertubuhan masyarakat.



Ini termasuk pembentukan Majlis Penasihat bagi memperkukuh kepimpinan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), melantik Menteri Negara, Encik Zaqy Mohamad sebagai Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki dan memperkukuh kerjasama antara tiga pertubuhan penting Melayu/Islam - Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Mesra.



Mengumumkan pembentukan majlis penasihat Mesra seramai 20 anggota itu di Parlimen semalam, Encik Masagos mendedahkan ia turut dianggotai sembilan karyawan daripada pelbagai bidang yang berperanan mendampingi karyawan dalam bidang mereka agar tampil menyumbang kepada masyarakat.



Sembilan karyawan itu adalah:



- Penolong Pesuruhjaya Abdul Razak Abdul Raheem (Pengarah Jabatan Perhubungan Awam dan Jabatan Kerjasama Relawan dan Masyarakat, Pasukan Pertahanan Awam Singapura)



- Profesor Madya Abdul Razakjr Omar (Timbalan Pengarah Perubatan, Hospital Raffles)



- Encik Abdul Wahab Mohamed Yusoff (Naib Presiden Asia ForeScout Technologies Inc)



- Encik Abu Bakar Mohd Nor (Pengarah Urusan, Keppel Offshore and Marine)



- Cik Haryati Surana (Adiguru, Kementerian Pendidikan)



- Dr Ismail Muhamad Hanif (Pensyarah Kanan, Politeknik Temasek Polytechnic)



- Kolonel Mohd Fahmi Aliman (Angkatan Bersenjata Singapura)



- Cik Moliah Hashim (Pengetua, Sekolah Rendah Princess Elizabeth)



- Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin (Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Youth Forum)



Selain sembilan karyawan tersebut, majlis tersebut, yang dipengerusikan Encik Masagos, turut dianggotai enam lagi penasihat terdiri daripada Anggota Parlimen Melayu/Islam setempat dan empat anggota tertingi jawatankuasa eksekutif Mesra.



Menyifatkan pelantikan kumpulan karyawan itu sebagai usaha memperkukuh lapisan kepimpinan yang berkaliber di Mesra, Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata:



"Kami akan bekerjasama bagi melibatkan lebih ramai lagi karyawan demi memberi layanan dan sumbangan terbaik kepada masyarakat dalam kegiatan Mesra. Inilah hasil meritokrasi yang terbaik di masyarakat Melayu/Islam iaitu karyawan ulung kita yang telah berjaya, kembali berjasa kepada masyarakat," ujarnya.



Sementara itu, dalam satu kenyataannya, Persatuan Rakyat (PA) menjelaskan majlis itu menggalas tiga tanggungjawab meliputi:



  • menasihat dan menyediakan kepimpinan di peringkat strategik dan masyarakat bagi memperbaiki usaha mendekati dan menyepadukan masyarakat Melayu dengan masyarakat lain;

  • mengerah rangkaian karyawan bagi melaksana dan menganjurkan program kemasyarakatan dan;

  • bekerjasama dengan Mesra dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dalam menyediakan khidmat fasa terakhir kepada masyarakat.

Sehubungan dengan itu, Encik Masagos menekankan Mesra perlu meluaskan jangkauannya supaya tidak hanya menumpukan perhatian kepada segmen masyarakat bahasa dan budaya sahaja.



Menurut beliau, Mesra boleh memainkan peranan dalam menangani kesan ekstremisme daripada pengaruh agama yang asing.



Pengaruh ini, menurut beliau, tidak terbatas kepada pengganasan semata-mata kerana sikap ekstrem ada kaitan dengan sikap eksklusif yang boleh menyebabkan masyarakat Islam memencilkan diri daripada masyarakat yang lain.



"Sedikit sebanyak ia sudah pun menghambat deras integrasi antara kaum. Dalam menghadapi semua cabaran tersebut, Mesra pula memainkan peranan penting supaya masyarakat kita di arus nasional," tegasnya.



Dalam ucapannya juga, Encik Masagos menekankan sedang masyarakat Melayu/Islam telah mencapai kemajuan membanggakan, kita tidak mampu bersikap sambil lewa.



Bagi menangani cabaran di masa depan, beliau berikrar membangunkan keutuhan bersama tiga institusi penting masyarakat yang digelar beliau 3M - Muis, Mendaki dan Mesra.



"Kita perlu menggerakkan semua potensi masyarakat kita," ujar beliau.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >