Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Usah lupa perangi kencing manis dalam tempoh pandemik

Nov 16, 2020 | 09:09 PM



DALAM usaha berterusan kita memerangi Covid-19, kita tidak harus leka melawan satu lagi penyakit yang banyak melanda masyarakat - kencing manis.



Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifl Masagos Mohamad berkata, hampir setengah bilion orang di serata dunia mengalami penyakit ini dengan di Singapura, satu daripada tiga individu menghadapi risiko menghidap penyakit ini sepanjang hayat.



“Satu dalam setiap tiga individu tidak menyedari mereka mengalami penyakit kencing manis,” kata Encik Masagos dalam lampiran pos Facebook pada Isnin (16 November).



Encik Masagos telah menyertai acara anjuran Diabetes Singapore, #WorldDiabetesDay yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit yang membimbangkan ini.



“Sedang kita terus melawan pandemik Covid-19, kita tidak harus leka memerangi kencing manis. 



“Saya gembira kita mempunyai rakan usahasama seperti Diabetes Singapore dalam melawan kencing manis,” kata beliau.



Beberapa acara telah dianjurkan sempena Hari Kencing Manis Sedunia kelmarin, termasuk ujian kesihatan masyarakat. 



Turut diadakan ialah pelancaran program kemasyarakatan, BE SMART, yang menggalakkan warga tua untuk menjalani gaya hidup sihat yang berpanjangan. 



“Kita semua boleh menyumbang dalam memerangi kencing manis. Kita boleh bertanggungjawab atas kesihatan kita sendiri dan menggalakkan keluarga dan orang-orang tersayang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menjalani pemeriksaan kesihatan dengan kerap, yang kini boleh didapatkan pada harga yang dimampui, menerusi program Screen for Life.



“Bagi individu yang menghidapi kencing manis, marilah kita galakkan dan menyokong mereka untuk menguruskan penyakit mereka dengan lebih baik demi mengelakkan komplikasi.



“Sebagai sebuah negara, saya percaya kita akan berjaya menangani penyakit ini selagi kita bekerja sama dan saling prihatin antara satu dengan lain," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >