Masagos: Usah terjerat 'godaan' tailong
Mereka yang terdesak disaran dapat nasihat kaunselor seperti di Pusat Penasihat Hutang AMP; Umumnya majoriti warga urus wang dengan baik, segelintir hadapi masalah hutang berlebihan
Feb 15, 2015 | 05:30 AM
MENTERI Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar) Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggesa masyarakat supaya tidak 'tergoda' dengan tawaran tailong untuk mendapatkan wang dengan mudah.
Ini kerana tailong hanya akan mengenakan kadar bunga yang amat tinggi dan tidak teragak-agak menggunakan kekerasan untuk meminta peminjam memulangkan duit.