Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Usaha pendekatan, kesedaran tentang keganasan keluarga akan diperluas

Dec 18, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan terus memperluas usaha pendekatan dan perlindungannya serta meningkatkan kesedaran tentang keganasan keluarga dalam masyarakat, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Tambahnya, pemerintah juga akan mempertingkat khidmat sokongan bagi mangsa keganasan dan akan melaksana saranan yang dikemukakan Pasukan Bertindak Keganasan Keluarga.



Berkata demikian menerusi laman Facebook beliau semalam, Encik Masagos turut menekankan pentingnya bantuan daripada setiap pihak.



"Keganasan keluarga bukan hal peribadi.



"Kita boleh melakukan sesuatu tentangnya... dan menggalakkan lebih banyak perbincangan terbuka tentang keganasan keluarga.



"Dan beri lebih perhatian kepada orang di keliling kita untuk mengenal pasti tanda mereka didera, lebih-lebih lagi jika mereka menggunakan 'isyarat meminta bantuan'," ujarnya.



Orang ramai juga dinasihati segera menghubungi talian bantuan Anti-Keganasan Nasional 24 jam 1800-777-000 jika mereka tahu terdapat keganasan dalam keluarga seseorang.



Menekankan bahawa semua jenis keganasan tidak boleh diterima dan tiada tempat dalam masyarakat, Encik Masagos berkata jika sesuatu tidak dilakukan, tindakan mengawal dan menakut-nakutkan mangsa keganasan ini tidak akan berhenti.



Sebaliknya, penghinaan, ancaman keganasan atau perbuatan menyakiti secara fizikal ini akan berterusan dan bertambah buruk.



Malah, menurut kajian setempat, Encik Masagos berkata keganasan keluarga mempunyai kesan pada generasi seterusnya.



Sementara kadar keganasan keluarga di Singapura - antara 3 dengan 20 peratus berdasarkan pelbagai kajian - adalah lebih rendah berbanding jumlah purata di peringkat global - iaitu sekitar 30 peratus menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2013 - setiap kes masih terlalu banyak, ujarnya.



Menyingkap lawatannya ke sebuah tempat teduh dan perlindungan untuk memahami dengan lebih dekat tentang usaha mereka menyokong mangsa keganasan keluarga, Encik Masagos berkata salah seorang penghuni di situ, Cik L (bukan nama sebenar) didera oleh suaminya secara fizikal, emosi dan psikologi.



Selama lebih 15 tahun, beliau hidup dalam ketakutan dan ini mempunyai kesan yang traumatik sehingga anak-anaknya juga ingin membunuh diri.



Cik L akhirnya memutuskan mendapatkan bantuan dan agensi khidmat sosial segera memberinya dan anak-anaknya tempat berteduh serta kaunseling.



Lama kelamaan, beliau berjaya mengatasi rasa takutnya dan menjadi lebih berkeyakinan.



"Bersama, kita boleh mengakhiri keganasan keluarga dan mematahkan lingkaran penderaan, serta mewujudkan masyarakat yang lebih selamat buat semua warga Singapura," kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >