Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Warga harus terus lawan diabetes sebagai sebuah negara

Nov 16, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata rakyat Singapura harus terus berjuang melawan penyakit kencing manis atau diabetes sebagai satu negara.



Beliau berkata penyakit tersebut boleh ditangani dari aspek individu, pakar kesihatan dan sebagai sebuah masyarakat menyeluruh.



"Sebagai individu, kita harus mengamalkan tabiat gaya hidup sihat dan aktif. Saya menggalak rakyat Singapura turut serta menyertai cabaran 'National Steps' untuk kekal aktif.



"Selain itu, melakukan pemeriksaan secara berkala adalah alternatif untuk menguruskan kesihatan anda dengan lebih baik.



"Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, teruskan mengikuti pemeriksaan berkaitan penyakit itu.



"Ini supaya dapat mengurangkan risiko mengalami komplikasi," kata Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Hari Diabetes Sedunia (WDD) di Academia@Auditorium Hospital Besar Singapura (SGH) semalam.



Menurut beliau, peranan jururawat penting bagi menyokong pesakit kencing manis memandangkan tema WDD tahun ini ialah 'Jururawat dan Penyakit Diabetes'.



Encik Masagos menambah, Kementerian Kesihatan (MOH) akan memperkenalkan portal dalam talian bagi pesakit mempelajari lebih mengenai penyakit itu dan rangka pendidikan penyakit itu yang melengkapkan pengetahuan dan kemahiran jururawat yang diperlukan untuk memperkasakan dan memotivasikan pesakit kencing manis dengan lebih berkesan.



Menurut Diabetes Singapura, 440,000 penduduk Singapura menghidap penyakit kencing manis pada 2014 dan ia dijangka mencapai 1 juta menjelang 2050.



Satu daripada sembilan penduduk Singapura berusia 18 hingga 69 tahun menghidap penyakit kencing manis dan berdasarkan jangkaan tersebut, adalah diramalkan bahawa satu antara dua warga Singapura akan mempunyai risiko didiagnos penyakit itu seumur hidup pada 2050.



Oleh itu, program 'BE SMART' dilancarkan untuk mencegah penyakit kencing manis.



'BE SMART' adalah program masyarakat diasaskan oleh Diabetes Singapura yang disasarkan kepada warga emas.



Dengan sokongan sukarelawan, program ini memberi motivasi kepada individu untuk mengenal pasti, mengutamakan dan melibatkan diri dalam perubahan gaya hidup yang mampan.



Ini adalah tindak balas Diabetes Singapura untuk memerangi penyakit itu yang dilancarkan inisiatif strategi MOH.



Program itu berdasarkan tiga faktor persimpangan iaitu risiko, kesediaan dan hasil.



Dalam pada itu, Encik Masagos telah merasmikan pelancaran inisiatif 'BE SMART' itu dengan pukulan gong di acara semalam.



"Saya berasa berbesar hati apabila mengetahui akan inisiatif yang diambil oleh rakan kongsi masyarakat kita," tambah Encik Masagos.



Tahun ini adalah tahun ke-30 Singapura meraikan WDD.



Sementara itu, untuk menggalak gaya hidup lebih sihat, SportsSG dan Diabetes Singapura memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk memberi pesakit kencing manis akses sokongan latihan peribadi daripada Health Coaches dan ActiveSG dengan pelbagai kemudahan dan program.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >