Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masih dapat bantuan, walau tidak layak untuk TRF

Apr 29, 2020 | 08:05 PM



APABILA seorang pelajar universiti sepenuh masa yang juga merupakan satu-satunya pencari nafkah bagi ibunya yang menghadapi penyakit kronik gagal untuk mendapatkan bantuan melalui Dana Bantuan Kewangan Sementara (TRF), Cik Nur Rashidah Amren dan pasukannya di Kelab Masyarakat Ayer Rajah tidak berputus asa dalam memastikan pelajar itu dapatkan bantuan yang beliau perlukan.



Setelah mereka merujuk kepada agensi lain yang relevan, pelajar itu akhirnya mendapat lebih daripada apa yang beliau mohon sebelum ini.



Kes seperti ini adalah antara sebab mengapa pengurus kanan kawasan undi, Kelab Masyarakat Ayer Rajah, Cik Rashidah, 33 tahun, gigih menjalankan tugas membantu pemohon TRF yang datang ke kelab masyarakat itu.



Cik Rashidah, yang sudah bekerja di situ selama sembilan tahun berkata, meskipun aktiviti yang biasa dianjurkan kelab masyarakat telah dihentikan, tugas mereka kini berubah untuk membantu masyarakat dan penduduk semasa pandemik Covid-19 ini.



Beliau mula bertugas pada 9.30 pagi dan kadangkala masih di pejabat sehingga 12 malam demi memastikan semua pemohonan TRF sudah masuk ke sistem.



Pelajar tersebut bukan satu-satunya contoh di mana seseorang pemohon ditolak daripada menerima TRF.



“Ada keluarga dan individu yang akan memohon untuk TRF, tetapi tidak begitu memahami kriteria yang menjadikan mereka layak untuk menerimanya.



“Namun itu, kami akan merujukkan mereka kepada agensi dan saluran lain supaya mereka tetap mendapatkan bantuan yang diperlukan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >