Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Masih kuat semangat walau dijangka hidup dua minggu lagi

Guru Noor Hasnah Adam tabah walau diuji penyakit barah 3 kali
Nov 01, 2023 | 07:42 PM



Sekitar dua minggu lalu, doktor menjangkakan Cik Noor Hasnah Adam mempunyai hanya sebulan lagi untuk hidup.

Namun, guru berusia 49 tahun yang diuji menghidap barah tiga kali dalam hidupnya, cekal dan tabah menghadapi cabaran yang bertubi-tubi.







Sejurus mendapat tahu beliau didiagnos barah rahim pada 2018, tanpa membuang masa, beliau mengambil keputusan untuk menjelajah Asia Tengah dengan hanya bertemankan motosikal, sambil melakukan kerja amal.

Pengembaraan lima bulan yang dirancang oleh Cik Noor Hasnah pada 2019 itu bakal membawanya ke pelbagai pelusuk Asia merentasi Malaysia, Thailand, Laos, China (Xinjiang), Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, dan Turkmenistan.

Perjalanan yang dipanggil ‘Kembara Harapan’ dengan sokongan badan amal, Free Food For All, itu berakhir mendadak pada bulan ketiga dengan satu kemalangan digilis lori, yang hampir meragut nyawanya.

Terlantar di sebuah hospital di Turkmenistan selama 10 hari, beliau akhirnya diterbangkan ke Dubai untuk rawatan selanjutnya sebelum pulang ke Singapura.

Begitulah semangat kental Cik Noor Hasnah, seorang guru yang juga penulis prolifik yang telah memenangi beberapa anugerah (Dua Anugerah Pena Emas dan Tiga Hadiah Sastera Melayu) dan pejuang bahasa yang terkenal dalam kalangan sasterawan setempat.

Selepas menjalani rawatan kemoterapi untuk barah rahim, ibu empat anak itu dikejutkan pula dengan berita ketumbuhan di bahagian otak, pada 2021.

Kata Cik Noor Hasnah: “Tumor di otak sebesar 8 sentimeter (cm) dapat dibedah dan dibuang 5cm saja sebab 2cm lagi dekat dengan urat mata, boleh menyebabkan saya buta.”

Setelah menjalani tujuh pembedahan di otak, beliau akhirnya bebas barah pada awal 2023, tetapi rupanya ada lagi ujian yang mendatang.

“Saya dah mula mengajar pada awal tahun ini. Pada sekitar Ogos, secara tiba-tiba, saya mengalami keracunan makanan. Setelah pemeriksaan di hospital, saya dapat tahu, ada ketumbuhan dan barah sudah merebak ke bahagian hati.

“Saya ingat dah habis musibah ni semua. Tak sangka kena penyakit baru pula – kanser hati,” tambahnya dalam temu bual bersama Berita Harian (BH) di kediamannya di Jelapang Road pada Rabu.


Cik Noor Hasnah kini sedang terlantar di rumah seakan menghitung hari-hari yang datang.

Katanya, doktor tidak mengesyorkan rawatan kemoterapi kerana beliau telah menjalani pembedahan otak berkali-kali dan ia akan memudaratkan keadaannya.

Namun begitu, beliau tidak patah semangat dan sedang mencuba rawatan alternatif seperti Perubatan Tradisional Cina (TCM).

Ditanya apa sumber kekuatannya, Cik Noor Hasnah berkongsi: “Memang ada masa rasa macam nak berputus asa, tetapi bila difikir semula, saya ingin lihat anak saya berjaya, saya ingin anak saya genggam ijazah, saya nak lihat mereka kahwin. Macam-macam bermain di kepala jadi itu penguat semangat saya…”

Cik Noor Hasnah mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki berumur dari 19 tahun hingga 26 tahun.

Tambahnya lagi, “Seorang wanita seharusnya kuat menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Tagline yang saya gunakan selalu di FB, ‘Kekuatan itu wanita. Keberanian itu wanita’.”

Selain berharap diberikan umur yang panjang dan beransur pulih, Cik Noor Hasnah berhasrat membuat cetakan untuk kompilasi cerpen-cerpennya yang belum dibukukan.

Antara buku-buku yang pernah diterbitkan termasuk Mis3 Rasa (Puisi, 2008), KELARAI (cerpen, 2008) dan Mis3 Rasa Budaya (2012).


Di saat-saat akhirnya kini, beliau sering dikelilingi oleh keluarga dan sahabat handai yang sangat menyayangi beliau.

Dalam hantaran di laman Facebook peribadi beliau menulis: “Tinggal dua minggu lagi kata doktor. Allah yang menentukan. Jodoh maut hanya Allah yang tahu. Namun kupohon kemaafan daripada semua. Maafkanlah aku. Halalkan makan minumku.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >