Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masih ramai kunjungi taman dan pusat penjaja pada hari pertama peraturan Covid-19 yang diperketat

May 08, 2021 | 04:55 PM



PUSAT penjaja dan beberapa taman popular masih dikunjungi orang ramai pada hari pertama langkah Covid-19 yang diperketat menyusuli peningkatan dalam kes masyarakat baru-baru ini.


Di bawah peraturan baru itu, hanya lima orang dibenarkan dalam setiap kumpulan, turun daripada lapan sebelum ini. Peraturan itu akan berkuatkuasa hingga 30 Mei.


Di pusat penjaja, orang ramai didapati mematuhi peraturan berkaitan lima dalam satu kumpulan itu, tetapi jarak selamat satu meter kelihatan tidak dikuatkuasakan di beberapa tempat, menurut The Straits Times (ST).


Beberapa pegerai pula dilaporkan tidak berapa gembira dengan langkah lebih ketat itu kerana ini bermakna bilangan pelanggan yang lebih rendah.


Pekerja di gerai menjual roti perata di Afghanistan Family Restaurant di Tampines, Encik Hamzah Muhammad, berkata bulan Ramadan telah membantu meningkatkan perniagaannya setelah ia terjejas agak teruk tahun ini.


Tetapi kini dengan peraturan jarak selamat baru, beliau hanya dapat mengeluarkan 20 meja, turun daripada 60 meja sebelum pandemik Covid-19 melanda.


Sementara itu di taman seperti Koridor Hijau dan Taman East Coast, puluhan orang yang berlari anak, berjalan kaki, berbasikal dan mengambil gambar yang ditemui ST berkata mereka mengekalkan kegiatan biasa mereka.


Kebanyakan pengunjung didapati mematuhi peraturan baru lima dalam satu kumpulan.


Ada di kalangan pengunjung juga berkata mereka memilih meluangkan hari Sabtu mereka di taman dan bukan pusat beli-belah untuk mengelakkan keadaan sesak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >