Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Al-Istighfar dan M3@Pasir Ris-Punggol anjur 'Kenduri Bawah Blok'

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



MENJELANG Ramadan, Masjid Al-Istighfar dan M3@Pasir Ris-Punggol telah bekerjasama untuk menganjurkan satu inisiatif jangkauan masyarakat untuk golongan keluarga kurang berpendapatan, yang dinamakan 'Kenduri Bawah Blok' pada Sabtu lalu di blok 476A Pasir Ris Drive 6.



Mengunjungi blok sewa itu, sekitar 30 penduduk Melayu/Islam bersama benefisiari Masjid Istighfar telah berhimpun untuk memeriahkan lagi kenduri di kolong blok itu.



Turut menghadiri acara itu ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.



Acara 'Kenduri bawah Blok' itu ialah sebuah inisiatif oleh Masjid Istighfar sebagai sebahagian daripada wadah jangkauan yang lebih luas bersama M3 Pasir Ris-Punggol.



"Ini suatu acara yang sangat bermakna kerana ia memaparkan usaha semua individu termasuk rakan kongsi kami yang terlibat dalam ekosistem menyokong keluarga golongan kurang berpendapatan.



"Ia juga penting untuk kami sebagai tetangga untuk mengenali antara satu dengan lain dan dalam pada itu, memahami kesusahan atau cabaran yang dihadapi agar kita dapat sama-sama bantu mereka," ujar Encik Sharael kepada Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Jangkauan ini bertujuan untuk melibatkan keluarga dan juga untuk memberi akses pendidikan kepada keluarga dengan kanak-kanak kecil, tambah Encik Sharael, dan juga hulurkan bantuan keperluan keluarga tersebut.



Ini juga supaya penduduk dapat mengenali pegawai masjid dan tidak akan teragak-agak untuk meminta bantuan kepada masjid jika memerlukan.



Antara manfaat lain yang diperhatikan oleh Encik Sharael melalui inisiatif ini adalah pemerkasaan.



"Apabila kami berjumpa benefisiari di kolong blok itu, bukan sahaja kami yang memberi, malah mereka juga menyumbang semula kepada penduduk di blok mereka.



"Bagi mereka yang hadir ke acara itu, mereka tidak melupakan tetangga lain yang mereka kenal dan tahu akan memanfaati daripada agihan makanan daripada kenduri itu," kongsi Encik Sharael yang akur bahawa acara sebegini dapat menguhkuhkan hubungan antara tetangga.



Beliau telah turut mengikuti beberapa penduduk blok itu bantu mengagihkan pek makanan kepada jiran-jiran yang lain setelah acara itu berakhir.



Bagi pengerusi M3@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan, berkata beliau senang hati kerana diberi peluang untuk melibatkan diri dalam acara sedemikian.



"Acara kemasyarakatan ini yang menyediakan makanan dan serta minuman mewujudkan peluang kepada penduduk untuk berhubung dan bersosial antara satu sama lain.



"Dalam kehidupan harian yang semakin sibuk, ia lebih mudah bagi hubungan antara jiran menjadi renggang dan acara ini memberikan kesempatan yang sangat diperlukan untuk penduduk dan orang ramai berkumpul dan mengenali antara satu sama lain.



"Dengan memupuk hubungan ini, kami mewujudkan semangat kemasyarakatan dan kekitaan yang boleh meningkatkan kesejahteraan dan elak perasaan terasing," kata Encik Azuan kepada BH.




"Ini suatu acara yang sangat bermakna kerana ia memaparkan usaha semua individu termasuk rakan kongsi kami yang terlibat dalam ekosistem menyokong keluarga golongan kurang berpendapatan.



Ia juga penting untuk kami sebagai tetangga untuk mengenali antara satu dengan lain dan dalam pada itu, memahami kesusahan atau cabaran yang dihadapi agar kita dapat sama-sama bantu mereka.''



- Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >