Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Jamae Chulia ditutup dari 21-23 Mei susuli kunjungan jemaah positif Covid-19

May 21, 2021 | 06:52 PM



MASJID Jamae Chulia di 218 South Bridge Road ditutup sejak waktu Asar pada Jumaat (21 Mei) hingga Ahad (23 Mei) bagi proses pembersihan dan penyahjangkitan menyusuli  kunjungan seorang individu yang disahkan positif Covid-19 sewaktu solat Zohor pada 17 Mei.



Pihak masjid telah dimaklumkan mengenai jemaah berkenaan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), jelas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam pos Facebook pada Jumaat.



Masjid ini akan dibuka semula bagi solat Subuh pada Isnin (24 Mei).



Menurut Muis, semua tempahan bagi solat jemaah harian di masjid ini akan dibatalkan secara automatik.



MOH sedang menjalankan proses jejak kontak dan akan menghubungi individu yang dikenal pasti mempunyai kontak dengan individu yang positif Covid-19 itu sewaktu di masjid berkenaan menerusi 'Trace Together'. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >