Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Masjid Khalid sedia terima lebih ramai jemaah selepas dinaik taraf

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS lebih tiga tahun menjalani kerja peningkatan, Masjid Khalid kini kembali menawarkan pengagihan bubur serta set 'bento' untuk berbuka bagi jemaah yang datang untuk menyemarakkan suasana pada bulan suci itu nanti.



Lantas, tidak hairanlah masjid yang terletak di 130 Joo Chiat Road itu menganggarkan akan terdapat pertambahan jumlah jemaah selain sukarelawan yang akan menabur bakti dan berbuka puasa di masjid tersebut yang mula beroperasi semula pada Januari lalu.



Menyatakan demikian, pengerusi masjid itu, Encik Allaudin Mohamad, berkata:



"Ramai yang ghairah untuk menunaikan ibadah dan berkumpul sekali lagi di masjid ini sempena bulan yang mulia ini.



"Apatah lagi dengan bazar Raya yang terletak berdekatan dengan masjid, saya rasa ramai yang mungkin akan datang ke masjid," jelasnya, yang menjangkakan sekitar 1,000 orang berbuka di masjid itu pada hari pertama berpuasa.



Sebelum wabak Covid-19, Encik Allaudin berkata mereka akan menerima seramai 1,000 jemaah pada hujung minggu dan sekitar 700 jemaah pada hari biasa.



"Jadi, apa yang kami harap untuk lakukan adalah untuk memastikan ruang kami adalah selesa dan dapat menampung jumlah jemaah yang ramai ini.



"Jika terdapat lebih ramai jemaah yang datang, kami akan terus membuat penyesuaian kepada jumlah set 'bento' dan agihan bubur kami," tambahnya.



Antara persiapan lain yang dilakukan masjid itu sempena bulan Ramadan ini adalah untuk meningkatkan tenaga sukarelawan di masjid tersebut.



"Terdapat pelbagai perubahan baru di Masjid Khalid.



"Jadi, ia amat penting untuk mempunyai sukarelawan yang ramai untuk membimbing jemaah ke tempat-tempat yang tertentu di masjid ini pada minggu-minggu awal Ramadan.



"Pada masa yang sama, sukarelawan ini juga akan membantu mengawal jemaah yang datang untuk berbuka atau menunaikan tarawih nanti," kata Encik Allaudin, yang merancang untuk mendapatkan lagi 20 sukarelawan sebelum Ramadan.



Kerja naik taraf Masjid Khalid dilancarkan Presiden Halimah Yacob pada Julai 2019.



Projek bernilai $7.5 juta itu disokong derma masyarakat serta sumbangan $1 juta oleh Dana Pembinaan Masjid (MBF) dan Mendaki.



Antara ciri utama baru masjid itu ialah dewan iktikaf yang asalnya satu lantai, kini menjadi dua tingkat.



Ia juga dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.



Di sebelah dewan iktikaf ialah sebuah bangunan yang ditambah setinggi empat tingkat yang menawarkan ruang acara dan auditorium, serta enam bilik darjah serba guna.



Ia turut dilengkapkan dengan ciri mesra pengguna warga emas dan kurang upaya, dengan sebuah lif serta laluan tanpa hambatan dan tandas mesra pengguna kerusi roda turut disediakan.



Ghairah menjemput semula jemaah secara besar-besaran, Encik Allaudin berkata:



"Saya berharap dengan kemudahan-kemudahan yang baru ini, ia akan menggalakkan lebih ramai orang untuk datang ke masjid ini dan menyemarakkan suasana bulan suci Ramadan, Insya-Allah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >