Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid mula laksana solat jemaah dengan saf lebih rapat

Masyarakat boleh jangkakan lebih banyak kelonggaran jelang Ramadan; jemaah dinasihati terus kekalkan tanggungjawab sosial: Muis
Mar 18, 2022 | 05:30 AM



MASJID di sini memulakan sesi solat secara berjemaah dalam saf yang boleh dirapatkan tanpa jarak selamat semalam.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya kepada media semalam, mendedahkan kesemua masjid di sini telah mengeluarkan tanda-tanda jarak selamat dan di tempat solat untuk memudahkan aturan baru itu bagi jemaah.



"Sehingga kelmarin, langkah jarak selamat di tempat di mana pelitup perlu dipakai, seperti semasa solat berjemaah dan aktiviti lain, tidak lagi diperlukan dalam masjid," kata Muis.



Ia menambah, penguatkuasaan langkah baru itu juga datang tepat pada masanya - pada tarikh yang sama (17 Mac), penganut Islam di Singapura menyambut malam istimewa Nisfu Syaaban - satu malam penuh kerohanian dan ibadah.



Muis berkata, umat Islam di sini juga boleh menjangkakan lebih banyak kelonggaran menjelang bulan Ramadan akan datang.



Tinjauan Berita Harian (BH) di Masjid Darul Ghufran pada waktu solat zuhur semalam mendapati zon solat pertama kelihatan hampir penuh dengan sekitar 95 jemaah memenuhi lima saf pertama di dewan solat.



Setiap 10 zon solat di masjid itu boleh menampung sehingga 100 jemaah, dan setiap saf dalam sekitar 20 orang.



Salah seorang jemaah yang ditemui BH, Encik Mohammad Farihin Hussin, 39 tahun, berkata:



"Sudah tentu kelonggaran ini sangat menggembirakan jemaah dan mendorong lebih ramai orang datang ke masjid bagi mendirikan solat."



"Saya juga harap memandangkan Ramadan akan tiba, lebih banyak kelonggaran akan diperkenal dan keadaan dapat kembali seperti biasa," tambahnya, yang bekerja sebagai jurutera.



Namun, Encik Farihin turut melahirkan keprihatinan memandangkan kes jangkitan harian Covid-19 masih agak tinggi dan prihatin kemungkinan masjid pula menjadi punca jangkitan.



"Harap orang ramai terus kekalkan tanggungjawab mereka mematuhi peraturan dan mengawasi kesihatan masing-masing," tambahnya.



Muis berkata, langkah tempahan bagi slot solat akan terus diamalkan.



Jemaah juga perlu teruskan membawa alas solat peribadi untuk mendirikan solat di masjid dan kekalkan pemakaian pelitup.



Pihak masjid juga telah membuat penyesuaian bagi memenuhi aturan baru itu.



Malam kelmarin, semasa BH berada di Masjid Al-Muttaqin, kakitangan masjid kelihatan menyimpan sejadah yang digunakan untuk mematuhi jarak selamat di dewan solatnya.



Pengerusi eksekutif masjid itu, Encik Mohd Fairus Abd Manaf, berkata kakitangan dan relawan masjid telah berusaha dengan keras sambil mengorbankan waktu rehat mereka bersama keluarga semasa cuti sekolah untuk memastikan masjid bersedia memenuhi perubahan langkah keselamatan terbaru yang diumumkan baru-baru ini.



"Saya berbesar hati terhadap semangat positif para relawan dalam menampilkan diri untuk menyumbang masa dan tenaga mereka," kata beliau.



"Alhamdulillah, semua kerja-kerja bagi mengeluarkan tanda jarak selamat di masjid kami telah selesai dan kami berharap dapat menyambut para jemaah kembali ke masjid dalam sekitaran yang lebih bebas namun tetap selamat."




Laporan lanjut : Pesara teruja dapat solat berjemaah dengan rapat saf




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >