Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid S'pura kumpul $600,000 untuk sedia juadah berbuka bagi masyarakat

May 08, 2020 | 04:33 PM

SEJUMLAH 37 masjid setempat telah menyumbang $600,000 ke arah usaha SGUnited Buka Puasa yang menyediakan juadah berbuka puasa kepada anggota masyarakat Islam sepanjang Ramadan.


Inisiatif itu bertujuan memberi 20,000 bungkusan makanan sehari kepada pekerja penjagaan kesihatan dan keluarga mereka, penerima zakat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), serta keluarga lain yang memerlukan makanan dalam bulan Ramadan.


Ini menjadikan jumlah yang dikumpulkan untuk SGUnited Buka Puasa sebanyak $2.58 juta.


Muis sebelum itu telah membuat sumbangan $1 juta, dan $980,000 lagi diraih daripada usaha mengumpul dana Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).


Sumbangan masjid itu datang daripada derma masyarakat yang biasanya digunakan untuk menampung perbelanjaan sepanjang Ramadan, seperti penyediaan juadah iftar jemaah, solat tarawih dan pengagihan makanan kepada keluarga memerlukan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >