Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Islam S'pura semangat hidupkan malam pertama Ramadan

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



MASJID di serata Singapura kembali dibanjiri dalam suasana syahdu pada malam pertama Ramadan sedang ribuan jemaah mengisi ruang masjid untuk mendirikan solat tarawih setelah tiga tahun Ramadan dijalankan dalam keadaan yang dihimpit sekatan.



Sesetengah jemaah turut mendirikan solat tarawih di ruang masyarakat seperti kolong blok dan dewan serba guna manakala ada yang terus menjalankan ibadah tersebut di rumah masing-masing, seperti yang menjadi kelaziman sewaktu negara berperang dengan Covid- 19 sepanjang tahun-tahun lalu.



Pengerusi Masjid Al-Mukminin yang terletak di Jurong East, Ustaz Mohd Faizal Wahab, berkata ini kali pertama sejak tempoh pandemik di mana masjid tersebut tidak mengenakan had bagi jumlah jemaah.



Ini, katanya, beza dengan Ramadan pada tahun-tahun lalu di mana terdapat sekatan seperti jarak selamat dan pembahagian zon.



"Tarawih tahun ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan kami. Saya rasa jemaah lebih merasakannya.



"Kami menjangka lebih 2,000 jemaah akan datang menunaikan ibadah malam ini. Kami telah peruntukkan sekitar 10 sukarelawan untuk membantu operasi kami. Sukarelawan kami akan membantu membimbing jemaah supaya mereka dapat melaksanakan ibadah dengan selesa," katanya ketika dihubungi petang Rabu.



Para anggota jawatankuasa kariah di Blok 450 Tampines Street 42, yang merupakan salah satu daripada 14 kariah yang diberi kebenaran meneruskan rancangan tarawih mereka, berkongsi bahawa mereka menganggarkan sekitar 300 hingga 400 penduduk hadir, yang kebanyakannya warga emas.



Dengan hampir 40 tahun pengalaman menganjurkan tarawih bawah blok, pengasas bersama kumpulan kariah blok tersebut, Encik Mohd Yassin Samad, 80 tahun, percaya tarawih di kolong blok tidak akan mengurangkan jemaah di masjid, tetapi sebaliknya, membantu menampung jemaah berlebihan serta golongan warga emas berdekatan yang tidak mampu ke masjid.



Jemaah tetap di kolong blok itu yang juga rajin membantu kumpulan kariah di sana, Encik Luqman Nur Hakim Baitullah, 26 tahun, berkata beliau dapat melepaskan rindu mendirikan solat tarawih di kolong blok.



"Walaupun lokasinya di bawah blok, ia ibarat suasana 'kampung'... semangat gotong-royong di sini terserlah dan itulah keistimewaannya. Ia juga mengeratkan silaturahim antara penduduk di sini, di mana kita berkumpul setahun sekali pada bulan Ramadan," kata pelajar Politeknik Nanyang itu.



Sementara itu, ada pula yang tetap meneruskan amalan mendirikan solat tarawih di rumah, sama seperti tahun-tahun sesudah.



Ibu dua anak, Cik Nadiah Shahjohan, berkata beliau ingin menunaikan solat tarawih di masjid, tetapi juga bersedia melaksanakannya di rumah sahaja, terutama apabila pulang lewat daripada kerja.



Beliau dan suami telah mengamalkan solat tarawih di rumah semasa pandemik.



"Kededua anak saya masih kecil dan jika tidak berkesempatan untuk ke masjid, kami telah memutuskan untuk solat tarawih di rumah sahaja," kata pengurus kanan berusia 35 tahun itu.



Seorang lagi ibu dua anak yang kedua-duanya berusia di bawah dua tahun, Cik Nur Syarfeena Mohd Fauzi, berkata ia adalah lebih mudah baginya untuk solat berjemaah di rumah supaya tidak mengganggu jemaah lain di masjid.



Editor Penerbitan berusia 29 tahun itu menambah:



"Bagi saya, mendirikan solat tarawih di luar atau di rumah masing-masing mempunyai keistimewaannya. Pandemik Covid-19 telah mengajar saya bahawa mendirikan solat berjemaah di rumah bersama keluarga yang tersayang juga indah kerana ia mudah bagi saya untuk mengerjakan ibadah tersebut mengikut waktu dan kemampuan saya sendiri." - Laporan tambahan NATASHA MUSTAFA




"Tahun ini, saya bersyukur kita berpeluang menyambut Ramadan dengan lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini - semuanya berkat daya tahan dan pengorbanan kita semua sepanjang tempoh mencabar melawan Covid-19. Saya harap masyarakat kita akan terus tabah dalam menghadapi apa jua cabaran dan menerapkan nilai-nilai serta amalan-amalan baik yang telah kita semai sepanjang tempoh pandemik...



Semoga kita semua beroleh rahmat dan fadilat sepenuhnya dalam Ramadan kali ini. Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah kepada semua umat Islam."



- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Menjelang Ramadan, izinkan saya juga mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam dari kedua-dua belah Tambak. Semoga ia menjadi masa yang memanfaatkan untuk memuhasabah dan memperbaharui diri."



- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >