Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERJUMPAAN HARI RAYA MENTERI

Masyarakat Melayu capai kemajuan beberapa aspek kesihatan: Masagos

Bilangan yang hidap kolesterol darah tinggi semakin berkurangan; Lebih ramai wanita Melayu dapatkan pemeriksaan barah buah dada
Apr 29, 2023 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu telah membuat kemajuan dalam beberapa aspek kesihatan.



Antaranya, bilangan mereka yang menghidap kolesterol darah tinggi semakin berkurangan dan lebih ramai wanita Melayu kini pergi mendapatkan pemeriksaan barah buah dada.



Memuji kemajuan tersebut dalam ucapannya sempena majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata sekitar 39 peratus pesakit Melayu yang menghidap kolesterol darah tinggi antara 2019 dengan 2020, berbanding 41 peratus pada 2017.



Lebih ramai wanita Melayu juga menjalani saringan barah buah dada, mencapai hampir 19 peratus pada 2021, naik daripada 10 peratus pada 2017.



Namun, jumlah tersebut masih rendah berbanding purata negara iaitu 31 peratus, kata Encik Masagos.



Beliau menambah banyak lagi perlu dilakukan dari segi kesihatan masyarakat.



Ini kerana lebih ramai individu Melayu kian menghidap tekanan darah tinggi - naik sekitar 15 peratus kepada 37.5 peratus antara 2019 dengan 2020 berbanding sekitar 23 peratus pada 2017.



Kadar kegemukan masyarakat Melayu pula adalah yang tertinggi berbanding masyarakat lain, iaitu hampir 24 peratus antara 2019 dengan 2020.



Turut mencatat jumlah tertinggi adalah perokok dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu sekitar 21 peratus pada 2021.



"Oleh itu, kita masih perlu melipatgandakan usaha untuk menjaga kesihatan masyarakat kita," tegas Encik Masagos.



Beliau, yang mengumumkan bidang tumpuan kelima M Kuasa Tiga (M³) di majlis pelancaran Pesta Saham Kesihatan pada Mac 2023, berkata agensi-agensi M³ sudahpun giat bekerjasama dengan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) untuk memperkenalkan usaha-usaha tertumpu bagi menggalak masyarakat menjaga kesihatan mereka.



Bidang tumpuan kelima M³ ialah meningkatkan kesihatan masyarakat Melayu/Islam.



Memberi butiran lanjut, Encik Masagos berkata Rangkaian Jaga Kesihatan Jaga Ummah (JKJU) yang terdiri daripada masjid-masjid dan badan-badan Melayu/Islam, sudahpun mendampingi 32,000 penduduk dalam tempoh empat bulan lalu.



Berikutan program rintis Saham Kesihatan di M³@Bandar Jurong dan Tampines pada 2022, 11 lagi M³@Bandar, Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sedang membangunkan program-program Saham Kesihatan mereka sendiri, dengan sasaran mencapai 3,000 peserta menjelang hujung 2023, tambah beliau.



"Tidak dapat disangkal pentingnya tubuh yang sihat dalam kehidupan seharian.



"Ini juga sebahagian daripada tuntutan agama dan tanggungjawab kita kepada diri sendiri dan keluarga.



"Kesihatan itu adalah satu rahmah yang diberi dan menjadi amanah kita untuk menjaganya.



"Saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan anggota masyarakat kita mengambil berat hal kesihatan, sepertimana kita mengambil berat hal pendidikan," ujar Encik Masagos.



Beliau menjadi tuan rumah kepada sekitar 500 pemimpin masyarakat, asatizah, rakan kongsi masyarakat dan orang kenamaan asing pada perjumpaan hari raya yang diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands pada Jumaat, 28 April.



Perjumpaan tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong dan Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean sebagai tetamu khas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >