Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Melayu capai kemajuan besar pendidikan dan pekerjaan

Feb 04, 2022 | 10:41 PM



MASYARAKAT Melayu terus mencapai kemajuan yang baik dari segi pendidikan dan pekerjaan.



Ini dapat dilihat dengan golongan Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET) yang semakin meningkat setiap tahun, sejajar dengan kenaikan pelajar Melayu yang memperolehi pendidikan yang lebih baik.



Ini dinyatakan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad pada acara majlis pengiktirafan Relawan 4PM di Changi Cove, yang dianjurkan oleh Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) pada 4 Februari. 



”Kita mesti menyedari bahawa dunia sedang berkembang pesat, dan kita mesti sentiasa belajar, jalani latihan semula dan meningkatkan kemahiran untuk kekal relevan. 



"Pandemik Covid-19 telah memaparkan cabaran ini dengan jelas dan kita perlu memikirkan semula cara bekerja dan hidup untuk kekal relevan."



Encik Zaqy memuji relawan 4PM kerana tidak putus asa untuk terus mencari cara inovatif untuk membantu mereka yang memerlukan. 



“Saya memuji 4PM kerana cepat menyesuaikan diri dan berjaya mengharungi gelombang digital untuk melibatkan sukarelawan anda untuk menggerakkan program dalam talian dan mengumpul dana melalui pelbagai platform dalam talian. 



"Ini adalah petunjuk sebenar keupayaan untuk kekal relevan di tengah-tengah perubahan masa,” puji Encik Zaqy lagi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >