DENGAN semakin ramainya masyarakat berlainan bangsa dan latar belakang meraikan bahasa Melayu, maka masyarakat Melayu itu sendiri perlu menjunjung bahasa itu kerana ia mencerminkan budaya dan jati diri kita.
Demikian kata Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, yang juga Penasihat Akar Umbi Woodlands, semasa ditemui dalam Karnival Bulan Bahasa @ Woodlands yang diadakan di Kelab Masyarakat Woodlands, semalam.