PEMIMPIN masyarakat Melayu/Islam menyambut baik topik-topik yang diutarakan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sempena Rapat Hari Kebangsaan (NDR) baru-baru ini.
Ini walaupun ada beberapa perkara seperti soal kaum dan agama merupakan isu sensitif.
Menulis dalam satu catatan Facebooknya pada Sabtu (11 Sep), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:
“Pada masa yang sama, peserta juga menyuarakan keprihatinan mereka akan cabaran berkaitan isu seperti pekerjaan dan kemajuan bagi masyarakat.
“Perbincangan juga tertumpu kepada bagaimana kita dapat mengekalkan keharmonian kaum di Singapura khususnya dalam masa-masa mencabar sepanjang pandemik ini.
“Kami rata-rata bersetuju bahawa kita perlu terus berusaha gigih untuk membina kepercayaan dan menggalak persefahaman antara satu sama lain.”
Beliau berkata demikian sebagai komen kepada sesi dialog pasca Rapat itu yang dihadirinya.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Masyarakat Melayu/Islam sambut baik topik yang diutarakan dalam Rapat Hari Kebangsaan
Sep 11, 2021 | 06:35 PM