Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat perlu beri peluang kedua kepada bekas pesalah: Josephine Teo

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



LEBIH banyak perlu dilakukan untuk memudahkan penyepaduan semula jangka panjang bekas pesalah, kata Cik Josephine Teo, Menteri Perhubungan dan Penerangan yang juga merupakan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri.



Katanya, kadar residivisme lima tahun terkini untuk kohort keluaran 2016 ialah 41 peratus.



Ini bermakna empat daripada sepuluh bekas pesalah telah melakukan kesalahan semula dan dimasukkan semula ke penjara dalam tempoh lima tahun.



Untuk memastikan kadar residivisme dikurangkan lagi, Cik Teo menekankan pentingnya peranan orang ramai mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif yang menerima peluang kedua dan memupuk rangkaian sokongan dan peluang yang kukuh.



"Sebagai contoh, kita perlu meningkatkan kebolehpasaran bekas pesalah melalui peningkatan kemahiran dan membantu mereka kekal bekerja dalam jangka masa yang lebih lama.



"Kita perlu menguatkan sokongan rangkaian mereka dari permulaan perjalanan perubahan mereka ketika dipenjarakan, dan terus mengekalkan rangkaian pro-sosial ini selepas pembebasan mereka.



"Kita juga perlu menyokong keluarga dan sukarelawan melalui perjalanan ini juga," kata Cik Teo dalam ucapannya di majlis Anugerah Reben Kuning 2022 semalam.



Tambahnya, faktor-faktor ini adalah penting dalam membina sokongan ekosistem untuk membantu mereka yang ingin berubah.



Semalam, seramai 203 majikan, rakan kongsi masyarakat, bekas pesalah dan sukarelawan telah diiktiraf semasa majlis anugerah itu atas pencapaian dan sumbangan mereka terhadap memperjuangkan peluang kedua untuk banduan dan bekas pesalah.



Dianjurkan bersama oleh Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Reben Kuning Singapura (YRSG), tema bagi acara tersebut tahun ini adalah "Kita Adalah Peluang Kedua Satu Sama Lain".



Edisi kedua Anugerah Reben Kuning yang diadakan di The Star Gallery semalam dihadiri seramai 250 orang.



Acara anugerah itu merangkumi dua kategori - salah satu bertujuan mengiktiraf individu, majikan, pertubuhan dan rakan kongsi yang telah menyumbang terhadap usaha Reben Kuning; dan satu lagi memberikan penghargaan kepada bekas pesalah yang berjaya mengatasi dugaan dan terus berusaha sedaya upaya dalam perjalanan untuk kembali ke pangkuan masyarakat, diberi gelaran 'Overcomers' atau Penakluk.



Kategori kedua itu turut memberi penghargaan kepada majikan, kumpulan dan individu yang telah memberikan sokongan kepada banduan, bekas banduan serta keluarga mereka.



Encik Freddy Low, Pengerusi Jawatankuasa Anugerah YR 2022 berkata: "Perjalanan penyatuan semula bukan suatu yang mudah mahupun jalan yang lurus.



"Anugerah ini adalah tanda kecil untuk meraikan kemajuan masyarakat kita, ketika kita terus maju ke hadapan bersama ke arah masyarakat yang lebih selamat dan inklusif, yang percaya dalam memberi peluang kedua."



Antara mereka yang menerima Anugerah Penyokong Peluang Kedua (Penakluk) adalah Encik Sham (bukan nama sebenar), 41 tahun.



"Saya rasa usaha saya selama ini untuk merubahkan hidup saya diiktiraf dan memberi perangsang untuk terus cuba lakukan terbaik untuk terus maju ke hadapan.



"Saya mungkin tidak dapat melakukannya tanpa sokongan keluarga serta kaunselor yang banyak membantu saya sepanjang perjalanan ini," kata juruteknik peralatan yang dibebaskan dari penjara pada 2019 kerana kesalahan pengambilan dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >